suria

Raisuddin Kemukakan Tiga Dokumen Sah Nikah

Raisuddin Hamzah (kanan) bersama Siti Fatimah Suberi dan Nor Azmi Mohd Arif di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini.
Raisuddin Hamzah (kanan) bersama Siti Fatimah Suberi dan Nor Azmi Mohd Arif di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini.
Raisuddin Hamzah (kanan) bersama Siti Fatimah Suberi dan Nor Azmi Mohd Arif di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menerima tiga dokumen pengesahan pernikahan Raisuddin Hamzah, 54, dengan isteri keduanya Siti Fatimah Suberi, 22, di Songkhla, Thailand.

Tiga dokumen tersebut ialah surat akuan sah pernikahan dari Jabatan Agama Islam Songkhla, surat keterangan nikah dan surat Konsulat Malaysia di Songkhla yang mengesahkan surat akuan tersebut.

Menurut peguam yang mewakili Raisuddin, Nor Azmi Mohd Arif, dua dokumen tersebut telah diperoleh pada tarikh yang sama pasangan tersebut bernikah manakala surat konsulat tersebut diterima pada tarikh 26 Mei 2009.

"Surat akuan dan keterangan nikah Raisuddin yang diterima pada hari mereka bernikah telah pun disahkan oleh Konsulat Malaysia dimana tempat dan kadi yang menikahkan mereka telah mendapat tauliah daripada kerajaan Thailand.

"Sekarang kita hanya menunggu tarikh prosiding seterusnya yang telah ditetapkan pada 25 Ogos depan," katanya yang ditemui pemberita selepas prosiding.

Terdahulu ketika prosiding, Raisuddin diminta menceritakan perjalanannya ke Songkhla, Thailand di hadapan Hakim Syarie, Abu Bakar Mohd Daud.

"Saya telah berangkat ke utara kemudian meminta pertolongan daripada dua orang lelaki yang saya jumpa di kedai kopi untuk membawa saya ke tempat tersebut. Lelaki tersebut tolong menguruskan pernikahan saya di sana.

"Selain lelaki yang membantu saya, upacara nikah turut itu turut ditemani oleh dua orang saksi yang baru dikenali, naib kadi, kadi dan isterinya," ujar Raisuddin.

Raisuddin berkahwin dengan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand dengan berwali hakim pada 2 Januari 2007.

Pada 5 Februari tahun lalu, Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur telah memerintahkan pasangan ini memfailkan permohonan pengesahan pernikahan mereka yang berlangsung di wilayah tersebut dua tahun lalu ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan kerana ia melibatkan isu poligami.

Perbicaraan bersambung 25 Ogos 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain