Idham Berlakon Semula Bukan Kerana 'Gila Kuasa' - Hiburan | mStar

Idham Berlakon Semula Bukan Kerana 'Gila Kuasa'

Ahmad Idham kembali berlakon dalam filem terbarunya Damping Malam. Foto The Star, Oleh AZLINA ABDULLAH
Ahmad Idham kembali berlakon dalam filem terbarunya Damping Malam. Foto The Star, Oleh AZLINA ABDULLAH

SETELAH 13 tahun berada di belakang tabir, pengarah dan pelakon, Ahmad Idham Ahmad Nazri, 39, kembali semula beraksi di layar perak untuk filem terbarunya Damping Malam.

Ahmad Idham yang memegang watak utama dalam filem seram keempat arahannya ini, mengaku dia terpaksa berlakon semula disebabkan permintaan daripada pelbagai pihak yang mahukan dia muncul di skrin sebagai pelakon.

"Sebenarnya, saya yang minta untuk berlakon dalam filem ini sebab saya rasa ini masa yang sesuai untuk saya berlakon semula selepas lakonan terakhir saya pada 13 tahun lalu bersama Haliza Misbun iaitu Cinderella.

"Sejak akhir-akhir ini juga, ramai wartawan dan orang-orang yang bertemu saya bertanyakan bila nak kembali berlakon. Selain itu, saya rasa ada juga cerita yang hendak diceritakan kepada wartawan bukan hanya bercerita tentang filem sahaja," ujar Ahmad Idham.

Ketika ditanya tidakkah nanti dia dilihat sebagai seorang yang 'gila kuasa' jika berlakon dalam filem arahannya sendiri, Ahmad Idham menafikan tanggapan ini. Idham menganggap perkara tersebut sudah biasa dilakukan oleh pengarah lain.

"Kalau Hans Isaac dan Afdlin boleh berlakon sambil mengarah kenapa tidak saya. Tapi dalam filem ini watak saya tidaklah susah. Mana-mana pelakon pun boleh berlakon watak itu, sebab filem saya tidak mempertaruhkan pelakon sebaliknya jalan cerita dan konsep filem ini."

"Tapi saya takut juga sebab dah lama tak berlakon, takut rasa kekok pula," ujarnya ketika ditemui di Majlis Bacaan Doa Selamat Filem Damping Malam di pejabat MIG production, Subang jaya.

Menurut Ahmad Idham lagi, kru produksi yang mantap juga meyakinkannya untuk berlakon dan mengarah filem ini.

"Saya ambil peluang ini juga disebabkan team produksi yang kuat. Saya percaya kemampuan penolong pengarah dan pengarah fotografi semuanya boleh bekerja dengan baik, jadi tak ada masalah untuk saya berlakon dan mengarah. Mereka boleh membantu saya dengan baik," ujarnya yang menyasarkan kutipan lebih baik dari filem 'Jangan Pandang Belakang'.

'Damping Malam' Kurang Hantu

Dalam pada itu, Ahmad Idham turut memberi kelainan dalam filem seram terbarunya ini dengan mengurangkan watak hantu dan memaparkan kehidupan masyarakat moden yang mengamalkan ilmu hitam.

"Filem seram kali ini saya nak kurangkan hantu, kalau boleh orang dapat rasakan keadaan seram itu bukan disebabkan hantu tapi situasi seram itu sendiri.

"Lagi satu, saya nak cuba buang elemen kampung untuk nampak seram dan hantu sedangkan dalam dunia moden sendiri ada lagi yang mengamalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu hitam ini. Idham akan bergandingan dengan penyanyi dan pelakon, Amy Mastura dan adik Erynne Erynna sebagai sebuah keluarga yang mengunakan pendamping untuk menjaga suaminya namun akhirnya membelenggu keluarga mereka.

Artikel Sebelum

Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain