suria

Zero To Hero - Pencarian Juara Baru Rally

Pencarian bagi mencari juara baru Rally Malaysia kini kembali untuk musim kedua
Pencarian bagi mencari juara baru Rally Malaysia kini kembali untuk musim kedua
Pencarian bagi mencari juara baru Rally Malaysia kini kembali untuk musim kedua

INGATKAH lagi bunyi deruman kereta dan aksi-aksi pemanduan lumba kereta Rally di kaca TV anda tahun lalu?

Pencarian bagi mencari juara baru Rally Malaysia kini kembali untuk musim kedua dan sedia untuk berderum di Astro RIA (saluran 104) pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam bermula 26 Januari 2010.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, “Kami di Astro sentiasa berusaha untuk tampil dengan program-program yang segar dan berkualiti untuk memberi kelainan khusus buat para penonton. Ini sejajar dengan komitmen kami dalam memberi hiburan yang pelbagai melalui platform yang kami sediakan.

Menerusi pemerhatian dan kaji selidik yang telah dijalankan, kami mendapati program-program berbentuk realiti telah terbukti mendapat sambutan yang memberangsangkan sekaligus berjaya meletakkan kedudukannya yang tersendiri di kalangan para peminat dunia seni hiburan tanahair.

Sebagai contoh, Astro RIA ternyata berjaya menarik perhatian para penonton melalui program-program realiti berbentuk hiburan seperti Akademi Fantasia, Sehati Berdansa, dan yang terbaru Saya Nak Cuti; sebuah program realiti berbentuk percutian yang merupakan taruhan terbaru pada tahun ini.

Setelah menerima maklum balas yang amat positif daripada para penonton, kami bawakan semula program realiti TV kereta lumba Rally, Zero To Hero untuk musim yang terbaru. Kami yakin program ini masih mampu memikat hati para penonton kerana sukan jenis ini terbukti semakin mendapat perhatian umum terutamanya di kalangan para belia. Kami tidak mahu ketinggalan dalam menyuntik semangat kesukanan itu di kalangan para pencinta sukan lumba kereta Rally dan para penonton setia kami,” ujar Azlin lagi.

Azlin turut menambah, ”Istimewanya program ini ialah apabila kita dapat melihat perkembangan para peserta yang pada asalnya tidak memiliki apa-apa kemahiran asas kecuali memandu kereta sehingga bersedia untuk menyertai sesebuah kejohanan. Pelbagai aksi menarik para peserta dapat dilihat dalam usaha untuk memenangi pertandingan ini.”

Zero 2 Hero akan mengikuti perkembangan para peserta meningkatkan kemahiran memandu dan mencari arah serta pengetahuan teknikal ke satu tahap yang lebih meyakinkan sehingga mereka bersedia untuk bertanding di Kejohanan Rally Malaysia 2010. Peserta-peserta akan diuji dengan pelbagai cabaran termasuklah cabaran teknikal seperti cabaran simulasi rally, cabaran pertahanan dan pemanduan lanjut, cabaran membaca buku panduan arah dan nota pandu serta cabaran krew servis yang mana mereka dikehendaki menjadi krew servis untuk pertandingan lumba kereta rally yang sebenar.

Selain itu, peserta juga akan diuji dengan cabaran bukan teknikal seperti cabaran media dan juga cabaran perbentangan kertas kerja yang mana mereka dikehendaki membuat perbentangan di hadapan bakal-bakal penaja yang berpotensi. Paling menarik, para peserta juga akan turut diuji dengan cabaran mini rally yang mana mereka akan berlumba di trek rally mini.

Lima belas pasukan yang terdiri daripada seorang pemandu dan seorang juru pandu arah yang datang dari pelbagai latar belakang telah dipilih bagi mengikuti bengkel teori serta latihan praktikal yang telah ditetapkan. Pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun dan perlu lesen memandu yang sah. Mereka yang pernah memiliki lesen berlumba kereta tidak dibenarkan masuk.

Program realiti TV kereta lumba Rally; Zero 2 Hero sebanyak 13 episod ini tidak mengamalkan sistem penyingkiran pada setiap minggu tetapi sebaliknya setiap pasukan dikehendaki untuk mengumpul markah tertinggi. Pasukan yang mengumpul markah tertinggi pada akhir program ini akan memperoleh kemenangan dan keputusannya bakal diumumkan di episod terakhir nanti.

Juara akan menerima sebuah kereta Rally yang telah diubahsuai untuk bertanding dalm Kejohanan Rally Malaysia 2010, tayar kereta Rally sumbangan Silverstone, pakej peserta bantuan untuk berlumba di Kejohanan Rally Malaysia sumbangan Wheel Sport Management Sdn Bhd dan juga lesen berlumba dari Automobile Association of Malaysia atau AAM.

YM Raja Nor Mazli Raja Tun Mohar; Pengarah Urusan Wheel Sport Management (WSM), YBM Tengku Shaharin Abu Bakar Almarhum Tengku Suleiman; Pengarah dan Pengasas Wheel Sport Management (WSM), Amir Husairi Yahaya; wakil daripada Kelab Sukan Motor Perlis, Faidzil Alang; pelumba kereta terkemuka tanah air yang juga akan bertindak selaku ketua jurulatih sepanjang program, ASP (R) Najmi Ismail; selaku ketua pengajar pemanduan pertahanan serta Faidzal Alang dan Mohd. Hazwan; juara program Zero To Hero musim lalu.

Selain itu, pemandu-pemandu dan bekas pemandu yang pernah bertanding dalam Kejohanan Rally Malaysia akan dijemput memberi nasihat dan berkongsi pengalaman kepada para peserta.

Pastikan temujanji anda menonton program realiti TV kereta lumba Rally; Zero 2 Hero Musim Kedua pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam bermula 26 Januari 2010 secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104).

Artikel Berikut

Artikel Lain