suria

Anang Geram KD Masih Berahsia Tentang Raul Lemos

BERITA Krisdayanti (KD) semakin dekat dengan kekasihnya, Raul Lemos, rupa-rupanya membuat Anang berasa geram. Anang berharap KD segera memperkenalkan kekasihnya kepada umum.

"Saya dan anak-anak ingin sekali jika Yanti (panggilan KD) bisa memperkenalkan temannya kepada umum. Saya juga berharap dia boleh perkenalkan kepada saya," jelas Anang seperti yang dilaporkan laman inilah.com.

Hingga saat ini Anang mengaku masih belum dikenalkan kepada kekasihnya KD, yang dikhabarkan bernama Raul Lemos. Berbeza dengan dirinya, Anang yakin anak-anaknya sudah mengenal kekasih KD.

Soal calon isteri sendiri, Anang mengaku belum berniat mencari pengganti KD. Penyanyi 'Lagu Hujan Pun Menangis' ini mengaku sukar untuk mencari isteri baru yang boleh sesuaikan diri dengan anak-anaknya.

"Memang bukan mudah cari pasangan hidup baru tidak seperti dulu. Saya takut anak-anak kecewa seperti dulu lagi kerana yang saya fikirkan sekarang ialah anak-anak," ujar Anang.

Artikel Berikut

Artikel Lain