suria

Sir Paul McCartney Sepatutnya Bersara Pada Usia 40

AHLI muzik Alan McGee berpendapat semua bintang rock seperti Sir Paul McCartney perlu bersara pada usia 40.

"Muzik seperti bola," kata Alan seperti yang dilaporkan The Telegraph.

“Setelah anda berusia 40 tahun, awak seharusnya menjadi pengurus atau bersara. Sebabnya adalah, tidak mungkin akan ada pemain bolasepak berusia 66 tahun.

“Ketika saya berusia 24 mengurus kumpulan The Jesus and Mary Chain tidak sama dengan saya berusia 49 tahun sekarang,” kata Alan.

Katanya lagi, "McCartney sepatutnya bersara."

Alan juga memberi komen pedas terhadap anugerah tahunan, the Brits, "wajar diberhentikan."

Alan mendakwa, semua yang dicalonkan seperti Pixie Lott dan Florence & the Machine, "memalukan." are “an embarrassment”

Coldplay, yang mendapat pencalonan menerusi album 'A Rush of Blood to the Head' untuk kategori 'Album Terbaik Sepanjang 30 Tahun' juga tidak terlepas dari kritikan Alan.'

“Album yang tidak mengesankan langsung..."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain