suria

Julia Roberts Dibayar 12.5 Juta Pound Jadi Duta Lancome

Julia Roberts di Anugerah Golden Globe ke-67 di Beverly Hills, California, baru-baru ini.
Julia Roberts di Anugerah Golden Globe ke-67 di Beverly Hills, California, baru-baru ini.
Julia Roberts di Anugerah Golden Globe ke-67 di Beverly Hills, California, baru-baru ini.

AKTRES Julia Roberts telah dibayar 12.5 juta pound selepas dia dilantik sebagai wajah baru kosmetik Lancome.

Pada Disember 2009, Roberts telah berunding dan bersetuju untuk menjadi duta Lancome untuk tahun 2010.

Menurut RadarOnline.com, majikan di firma kecantikan itu sangat terdesak untuk mengikat kontrak dengan 'wanita cantik' itu bagi kempen produk mereka sehingga tanpa teragak-agak terus meletakkan jumlah yang mengejutkan itu.

Roberts dilaporkan telah diterbangkan ke Paris bersama suaminya, Danny Moder untuk menjalani penggambaran iklan Lancome selepas muncul di Golden Globe Awards di Los Angeles pada Ahad lalu

Selain Roberts, Isabella Rossellini dan Juliette Binoche juga telah dilantik sebagai duta jenama produk kecantikan itu.

Artikel Lain