suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brad Pitt dan Matt Damon Pinjamkan Suara Untuk 'Happy feet 2'

DUA bintang terkenal Hollywood, Brad Pitt dan Matt Damon dikhabarkan bakal meminjamkan suara mereka untuk filem animasi Happy Feet 2.

Kedua-dua aktor popular ini yang bekerjasama kali terakhir dalam filem Ocean's Thirteen pada 2007, telah bersetuju meminjamkan suara mereka untuk filem sekuel itu, demikian menurut laporan akhbar Daily Star, baru-baru ini.

Sementara itu, aktor Robin Williams dan Elijah Wood akan sekali lagi memainkan watak asal mereka dalam animasi yang mengisahkan pengembaraan kumpulan penguin di kutub ais.

Bagaimanapun, status karakter yang dimainkan oleh aktres Brittany Murphy yang meninggal dunia baru-baru ini, masih belum ditentukan lagi sama ada akan dikekalkan atau pun diganti dengan pelakon alih suara yang lain.

Filem animasi itu dijangka akan berada di pawagam menjelang 2011.

Artikel Sebelum

Artikel Lain