suria

Beyonce, Jay-Z Uruskan Perkahwinan Robbie Williams?

PASANGAN selebriti, Beyonce dan Jay-Z telah menawarkan diri mereka untuk menguruskan majlis perkahwinan penyanyi pop, Robbie Williams dan kekasihnya, Ayda Field.

Williams dilaporkan sudah melamar aktres itu ketika cuti tahun baru lalu dan Jay-Z dikatakan sudah pun menawarkan diri untuk merancang perjalanan majlis itu dengan bantuan Beyonce.

"Saya gembira jika dapat membantu Robbie sempena perkahwinannya. Saya pasti dia inginkan majlis yang hebat. Saya meraikan hari lahir saya yang ke-40 di Dominican Republic. Ia memang tempat yang menarik untuk perkahwinan Robbie.

"Tempat itu amat indah dan ada semuanya - pantai, pemandangan, kawasan golf dan mudah untuk membawa tetamu.

"Hiburan di parti saya dulu juga amat hebat dan jika Robbie inginkan bantuan saya, dia boleh datang makan malam bersama saya dan Beyonce. Kami boleh membantunya. Beyonce memang seorang yang hebat tentang pengurusan majlis," kata Jay-Z.

Jay-Z juga berkata, dia ingin mengadakan persembahan di hadapan pasangan pengantin itu nanti.

"Saya tidak tahu apa perancangan majlisnya, tetapi sebagai hadiah perkahwinan, saya akan bangun selepas ucapan diberikan dan akan menyanyi untuknya," ujarnya.

Artikel Lain