suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu 'Bergaduh' Dengan Wartawan Hiburan: Glenn Fredly Pertahan Luna Maya

Luna Maya
Luna Maya
Luna Maya

KETEGANGAN yang terjadi antara Luna Maya dan wartawan hiburan di Indonesia telah mengundang pelbagai reaksi. Ada yang menyokong selebriti itu dan tidak kurang juga yang menyelar tindakan Luna yang mempamerkan kemarahannya kepada media menerusi laman web Twitter baru-baru ini.

Dalam laman web tersebut, Luna menulis: 'Inforteinment (wartawan hiburan) darjatnya lebih hina daripada pelacur, pembunuh! May your soul burn in hell!!' .

Salah seorang yang mempertahankan Luna ialah penyanyi, Glenn Fredly.

"Luna Maya tidak bersalah. Itu merupakan haknya untuk meluahkan pendapat," kata Glenn seperti yang dilaporkan di dalam laman web hiburan, Kapan Lagi.

Menurut Glenn, banyak perkara yang perlu diperhalusi dalam memaparkan kisah peribadi artis. Penyanyi itu juga tidak setuju dengan sikap media yang terlalu mencampuri urusan peribadi selebriti.

"Banyak perkara yang lebih penting untuk diberi perhatian daripada mencampuri urusan orang lain," katanya.

Namun begitu, Glenn tidak membenci pihak media kerana katanya, bukan semua wartawan hiburan salah.

"Sebenarnya dia tidak ada masalah. Apa yang penting, kita harus melihat perkara itu dari aspek positif," tuturnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain