suria

Ashraf Sinclair Berehat Di Rumah Selepas Jalani Pembedahan Usus

BEBERAPA hari selepas menjalani pembedahan usus, pelakon Ashraf Sinclair sudah semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Isterinya, pelakon dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari telah membawa Ashraf pulang ke rumah kelmarin.

Pada 9 Disember lalu, pelakon filem Gol & Gincu dan Saus Kacang ini ditahan di hospital di Menteng, Jakarta Pusat setelah mengadu sakit perut.

Selepas itu, doktor terus menasihatkan Ashraf supaya melakukan pembedahan usus dengan segera.

"Saya sangat bimbang apabila doktor memberitahu Ashraf perlu menjalani pembedahan segera kerana dia hanya mempunyai saya di sini sedangkan keluarganya berada di Malaysia," kata Bunga yang turut dikenali sebagai BCL.

Walaupun Ashraf sudah semakin pulih, dia masih perlu berehat dengan sepenuhnya. Keluarga Ashraf dari Malaysia juga telah sampai di Indonesia untuk melawat pelakon sinetron Cinta dan Anugerah itu.

"Ashraf perlu berehat secukupnya dan sudah dibenarkan makan seperti biasa. Doktor nasihatkan dia agar tidak banyak bergerak..," ujar penyanyi yang popular dengan lagu Ingkar dan Aku Pasti Datang ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain