suria

'Avatar' Filem Hebat Yang Menakjubkan, Kata Pengkritik Filem

BELUM pun ditayangkan lagi, namun filem Avatar karya pengarah terkenal James Cameron sudah mendapat pujian melambung dari pengkritik filem dan para media.

Semasa tayangan perdana filem itu di kota London, Jumaat lalu, Avatar mendapat sambutan menggalakkkan hingga ramai yang memberi status lima bintang kepada filem ini.

Hampir semua pengkritik filem berkata, filem ini sangat menakjubkan, menggemparkan dan pengubah tanda aras bagi filem efek digital di Hollywood.

Cerita yang dihasilkan dari teknologi canggih 3D (tiga dimensi) karya pengarah yang pernah menghasilkan Titanic, filem terhebat 1997, Avatar adalah sebuah filem termahal pernah dihasilkan, dengan kos sebanyak USD400 juta.

Filem ini akan ditayangkan serentak di semua pawagam di seluruh dunia pada 18 Disember nanti.

Promosi di laman 'Twitter' sudah cukup membuat filem ini paling dinanti-nantikan. Tidak mustahil, studio filem 20th Century Fox akan meraih keuntungan yang lumayan.

"James Cameron telah membuktikan dia memang Raja dunia filem," kata akhbar The Hollywood Reporter.

"Filem ini berjaya membawa teknik efek visual yang mengagumkan, teknik rakam gerakan (motion-capture), penataan muzik dan suara. James telah mengubah filem-filem fiksyen ilmiah era abad ke-21 menjadi keajaiban yang menakjubkan dalam Avatar," seperti yang dipetik dalam akhbar tersebut.

Akhbar paling laris, The Sun, menyebut Avatar sebagai filem paling mempesona di dekad ini.

"Adegan perang di akhir filem selama 20 minit benar-benar menakjubkan.

"Avatar menceritakan perang untuk mempertahankan cara hidup kaum Na'vi yang tinggal di hutan, melawan operasi pertambangan kolonial di planet mereka.

Majalah Empire juga memberi lima bintang kepada filem ini dan menyifatkannya sebagai sebuah "kerja dengan ganjaran luar biasa besar."

Seorang wartawan menulis, "James Cameron benar-benar genius. Saya tidak boleh berkata apa-apa lagi. Saya suka sangat filem ini."

Mark Brown dari The Guardian, menulis bahawa Avatar benar-benar lebih hebat dari yang dijangkakan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain