suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizie Ezette Dilamar Ahli Politik Dari Sabah?

PETALING JAYA: "Saya tidak mahu komen. Biarlah Zizie sendiri yang jelaskan," kata pelakon Khaty Fauziah, ibu kepada Zizie Ezette ini berhubung khabar angin yang mengatakan aktres itu telah dilamar oleh seorang ahli politik dari Sabah.

Menurut Khaty, dia tidak mahu berbicara lanjut tentang perkara itu kerana ia masih dalam perbincangan.

"Saya susah untuk memberikan komen kerana perkara (perkahwinan) ini masih dalam perbincangan dan kami belum memberikan apa-apa keputusan.

“Insya-Allah, apa-apa pun, kami akan beritahu dalam minggu depan,” kata Khaty enggan memberikan komen lanjut.

Sementara itu, Zizie gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. Semua panggilan telefon mahupun SMS mStar kepadanya tidak mendapat sebarang respons.

Zizie sebelum ini pernah putus cinta dengan seorang ahli perniagaan berusia 40-an dari Batu Pahat, Johor setelah hampir tujuh tahun bercinta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain