suria

'Twilight: New Moon' Juarai Carta Filem Terlaris 2009

Pelakon utama filem Twilight, Robert Pattinson - foto AP
Pelakon utama filem Twilight, Robert Pattinson - foto AP
Pelakon utama filem Twilight, Robert Pattinson - foto AP

FILEM 'The Twilight Saga: New Moon' tetap bertahan di tempat pertama box office hingga ke saat ini.

Dengan kutipan boxoffice sebanyak USD442.5 juta, kedudukannya sebagai juara langsung tidak tergugat dan sekali gus menjadikannya filem terlaris 2009.

Memetik website variety.com, filem romantis yang berkisar kisah pontianak lelaki yang dibintangi Robert Pattinson dan Kristie Stewart ini menjadi film paling laku pada 2009 ini.

Kejayaan itu begitu ketara sejak filem itu ditayangkan secara rasmi pada 20 November 2009.

Hasil penjualan tiket di seluruh dunia juga sangat memberangsangkan.

Angka yang dicatatkan jauh mengatasi filem kedua terlaris, 'The Blind Side'. Filem yang dibintangi Sandra Bullock ini hanya mampu meraih uang USD40.1 juta.

Di tempat ketiga pula adalah filem kiamat '2012' yang mengaut kutipan USD18 juta dan menyusul di belakangnya ialah Old Dogs dan Disney's A Christmas Carol.

Artikel Berikut

Artikel Lain