Waheeda Latih Anak Akhil Jadi Penyanyi - Hiburan | mStar

Waheeda Latih Anak Akhil Jadi Penyanyi

Akhil dan Waheeda dalam majlis resepsi mereka pada 31 Oktober yang lepas-Foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN.
Akhil dan Waheeda dalam majlis resepsi mereka pada 31 Oktober yang lepas-Foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN.

PENYANYI dan penceramah bebas, Akhil Hayy akan terlibat dalam sebuah program realiti yang berunsurkan keagamaan pada tahun hadapan.

Tambah Akhil yang berumur 40 tahun itu, pihak ASTRO akan merujuk dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menghasilkan program ini.

“Program itu masih dalam proses perbincangan dan sebab itu saya tidak boleh bercakap mengenainya secara terperinci.

“Ia dijadualkan akan keudara pada bulan Mac atau April 2010,” jelas suami kepada Waheeda dalam satu temu bual bersamanya semalam.

Akhil menghadiri sidang akhbar ‘Konsert Amal Opick dan Inteam’ yang akan diadakan pada hari ini, di Kompleks Dewan Serbaguna TNB, Bangsar.

Konsert ini akan bermula pada pukul 8 malam dan semua keuntungan yang diperoleh hasil daripada konsert ini akan disumbangkan kepada Persatuan Muslim Care Malaysia, sebuah persatuan yang banyak menjalankan kerja kebajikan dan amal terhadap misi dalam negeri serta luar negara.

Persatuan ini juga menganjurkan konsert tersebut untuk mengumpul dana. Wang itu kemudiannya akan digunakan untuk mendirikan institusi ‘Solat Care’ yang bertujuan mendidik anak-anak muda kini untuk mendirikan solat dengan keadah yang betul.

Kini, penceramah bebas ini sibuk dengan ceramah tazkirah dan juga bercadang mengembangkan sayapnya ke Singapura.

Dalam mendidik anak-anaknya pula, Akhil akan sentiasa menitikberatkan hubungan diantara mereka.

“Saya tidak percaya dengan keadah merotan, kerana itu menyalahi tuntutan agama Islam. Anak-anak boleh diberi amaran tetapi janganlah merotan sehingga mencederakan mereka.

“Saya lebih rapat dengan anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka bagaikan seorang sahabat,” ujar Akhil.

Selain itu, Akhil juga berkata Waheeda akan melatih salah seorang daripada anak lelakinya untuk menyanyi dan mengeluarkan album yang berjudul ‘Zikirallah.’

“Sebenarnya Waheeda sepatutnya menyanyi dalam album ini. Oleh kerana isteri saya itu telah berundur dari dunia seni, dia akan melatih salah seorang daripada anak lelaki kami untuk menyanyi.

Apabila ditanya bagaimanakah Waheeda di rumah, beliau berkata isterinya itu berprinsip dan tahu akan tanggungjawabnya sebagai “immediate mom.”

“Isteri saya itu suka mendisiplinkan anak-anak dan beliau hanya menjadi dirinya sendiri.

“Malah anak-anak saya juga rapat dengan ibu dan bapa Waheeda. Kadang-kadang mereka tak nak balik apabila berkunjung ke rumah mertua saya itu.

“Saya berasa anak-anak saya dapat menerima kehadiran Waheeda serta keluarganya. Ini adalah satu permulaan yang baik,” kata Akhil.

Dalam pada itu, Akhil juga mengakui isteri barunya itu jarang masak di rumah dan beliau sering membawa keluarganya bersama apabila menghadiri sebarang majlis atau ceramah.

Akhiri Akhil, isterinya suka membuat sarapan pagi ala-barat seperti sosej dan telur dadar untuk mereka sekeluarga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain