suria

Erra Terkejut Dengar Gosip Emran 'Main Kayu Tiga'

Erra bersama permata hatinya, Engku Aleesya - foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN
Erra bersama permata hatinya, Engku Aleesya - foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN
Erra bersama permata hatinya, Engku Aleesya - foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN

RANCANGAN realiti “GuGu GaGa with Erra” yang memaparkan pelakon dan penyanyi popular Erra Fazira, suami serta puteri mereka iaitu Engku Aleesya telah ditonton oleh lebih daripada 2.6 juta penonton di seluruh negara.

“Hanya akan ada satu musim rancangan tersebut mengenai saya serta keluarga, walaupun jumlah penontonnya agak tinggi sepanjang sepuluh episod.

“Saya telah menceritakan kesemuanya mengenai diri serta anak, tiada apa lagi yang tinggal untuk diceritakan.

“Namun saya telah banyak belajar mengenai cara-cara mengeratkan hubungan saya dengan anak semasa penggambaran,” kata Erra dalam satu temubual semalam sebelum majlis penyampaian hadiah pertandingan “Johnson’s baby GuGu GaGa with Erra” yang diadakan pada bulan September lepas.

Majlis itu diadakan di Hotel Maya, Kuala Lumpur. Manakala rancangan tersebut telah keudara dalam saluran Astro Ria dari bulan Jun hingga pertengahan Ogos tahun ini.

Kerana mendapat sambutan yang menggalakkan, rancangan itu disiarkan semula dari akhir bulan Ogos sehingga November.

Sementara itu, para perserta kehendaki menonton episod pada setiap minggu dan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan rancangan itu.

Seramai lima orang telah memenangi hadiah berupa peluang berjumpa dengan Erra Fazira, wang tunai RM 500, hamper barangan Johnson & Johnson bernilai RM 250 dan penginapan selama dua hari satu malam di Hotel Maya, Kuala lumpur.

Antara lima pemenang bertuah adalah Rohayu Hamzah, Anil Fazirra Nordin, Shamnizaa Shamsuri, Narashatul Shima Abdul Rashid dan Sunny Loh. Kesemuanya hadir pada majlis penyampaian hadiah tersebut kecuali Shamnizaa Shamsuri.

Pelakon yang tampak jelita pada malam itu hadir bersama puterinya pada majlis itu. Beliau mengenakan blaus floral berwarna hitam dan memakai hos berwarna hitam. Aleesya pula memakai gaun berwarna coklat.

Apabila ditanya sama ada pelakon itu kecil hati kerana tomahan dari masyarakat, beliau berkata sudah biasa dengan semua itu.

“Biasalah, saya tidak boleh memuaskan hati semua pihak dan jika masyarakat tidak suka pada seseorang, apa sahaja yang seseorang artis itu buat mesti semuanya serba tidak kena.

“Saya mengambil semuanya secara positif dan percaya semuanya ada hikmah disebaliknya. Hanya segelintir orang sahaja berpendapat demikian masakan jumlah penonton rancangan ini boleh mencecah 2.6 juta, iaitu mempunyai jumlah penonton yang paling tinggi dalam rangkaian Astro,” ujar pelakon itu.

Menurut pelakon ini, walaupun rancangan realiti ini banyak mendedahkan kehidupan peribadinya, beliau tidak membenarkan pihak media untuk merakam kesemuanya.

“Saya hanya akan membenarkan bahagian-bahagian rumah saya yang tertentu sahaja dirakam dan bukan semua aktiviti saya bersama Aleesya didedahkan untuk tatapan semua,” tambah pelakon itu lagi.

Selain itu, apabila ditanya mengenai akhbar angin yang mengatakan suaminya Engku Emran keluar dengan seseorang, Erra terkejut dengan kenyataan tersebut.

“Ini kali pertama saya mendengarnya. Ini mungkin giliran rumah tangga saya digosipkan seperti biasa.

“Kalau saya bergaduh dengan Emran selepas balik, kamu semualah puncanya,” pelakon itu bergurau senda.

Namun, Erra menambah tidak adil untuk menuduh suaminya tanpa bukti dan beliau mempercayai Emran.

“Engku Emran baru sahaja dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Bernama. Sebelum ini beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi Suria FM.

“Emran terlalu sibuk dengan Bernama. Selalunya keluar pagi dan balik hanya pada waktu malam serta mempunyai banyak rancangan untuk syarikat barunya itu,” kata Erra lagi.

Erra juga tidak mahu Aleesya berlakon semasa kecil.

“Jika diberi pilihan, sebagai ibu, saya mahu anak saya memiliki zaman kanak-kanak yang normal.

“Kalau memang dah minatnya kalau besar, saya tidak akan menghalang,” akhiri Erra.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anang Lebih Menyerlah Tanpa KD

Artikel Lain