suria

Ronan lebih terasa kehilangan Stephen berbanding kematian ibu sendiri

Ahli-ahli Boyzone (dari kiri ke kanan) Keith Duffy, Ronan Keating, Mikey Graham dan Shane Lynch membacakan satu kenyataan untuk mengiktiraf Stephen Gately, di lapangan terbang Son San Joan di Palma de Mallorca pada 16 Oktober 2009. -Foto REUTERS

RONAN Keating mengaku bahawa kematian mengejut rakannya daripada kumpulan Boyzone, Stephen Gately lebih meninggalkan impak besar dalam dirinya berbanding kematian ibunya sendiri kira-kira 11 tahun lalu.

Penyanyi itu berkata, amat sukar untuk dirinya menerima berita kematian Gately, tidak seperti ketika ibunya meninggal dunia akibat kanser.

"Ibu saya dulu memang berpenyakit dan hampir dua tahun saya bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan setelah melihat penderitaanya. Ketika itu dia berusia 51 tahun dan saya 20 tahun.

"Ia memang masa yang sukar untuk saya ketika itu dan merupakan episod hitam dalam diri saya.

"Tentang Steve, ia pula memang satu berita yang mengejutkan dan secara tiba-tiba. Saya tidak tahu apa yang berlaku sehingga hidupnya berakhir seperti itu.

"Steve baru berumur 33 tahun, seorang lelaki yang masih muda dan banyak lagi belum ditempuhinya," kata Ronan.

Gately ditemui mati ketika sedang dalam percutian di Sepanyol pada 10 Oktober lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain