suria

Kevin Federline Menjadi Ayah Buat Kali Ke-5

BEKAS SUAMI Britney Spears Kevin Federline, akan menjadi ayah buat kali kelima.

Menurut sebuah akhbar di Amerika, teman wanita penari itu yang bernama Victoria Prince dilaporkan hamil beberapa minggu.

Victoria dan Kevin keluar bersama sejak tahun lepas dan akan menimang cahaya mata pertama pasangan tersebut. Tetapi nampaknya Kevin yang sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki bersama Britney dan dua lagi anak bersama seorang lagi bekas teman wanita bernama Shar Jackson, tidak gembira dengan berita itu.

Sementara itu, satu sumber dari dalam mengatakan Victoria telah menjalani satu ujian kehamilan dan itu telah mengesahkan yang dia kini tengah mengandung.

Kevin berasa itu adalah tanggungjawab wanita untuk mengambil pil pengegahan mengandung.

Ayah kepada empat orang anak itu tidak mahukan seorang lagi anak dalam masa terdekat ini.

Artikel Lain