suria

Jehan akui selalu dikelilingi gadis cantik

Jehan suka pergi ke gim pada masa lapang.-Foto THE STAR oleh NORHAFIFI EHSAN
Jehan suka pergi ke gim pada masa lapang.-Foto THE STAR oleh NORHAFIFI EHSAN
Jehan suka pergi ke gim pada masa lapang.-Foto THE STAR oleh NORHAFIFI EHSAN

JEHAN Miskin masih bujang lagi dan impikan seorang gadis yang memahami kariernya sebagai seorang pelakon.

“Saya tertarik pada seseorang yang stabil dari segi emosi, tahu bersosial tapi pada masa yang sama bertanggungjawab, serta berkongsi minat yang sama dengan saya,” jelas pelakon yang telah berkecimpung dalam bidang lakonan selama enam tahun.

Menurut Jehan yang memakai sut berwarna hitam semasa menghadiri yang majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ pada Jumaat lalu, semua gadis ada kelebihan masing-masing tetapi apa yang penting adalah keserasian yang ada pada si dia dan Jehan.

“Pada saya, gadis yang saya suka tidak semestinya cantik. Dia mestilah menarik di mata saya dari segi luaran dan dalam,” kata pelakon yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Beliau yang mempunyai susuk badan yang tegap ini juga akan bersenam di gim sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.

“Saya sangat sibuk kebelakangan ini dengan sesi penggambaran drama-drama seperti 'Awan Dania' dan 'Mertua Vs Menantu'. “Tapi saya pasti akan berkunjung ke gim sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu,” tambah pelakon yang berumur 30 tahun itu.

Jejaka ini memainkan watak Rizal dalam drama bersiri Mertua vs Menantu dibawah arahan Feroz Kader.

Selain itu, Jehan juga sibuk dengan sesi pengambaran filem 'Merong Mahawangsa' yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim.

Apabila ditanya sama ada masih solo atau sudah berpunya, Jehan tidak memberi apa-apa komen.

“Buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan apa-apa mengenai kehidupan peribadi saya,” kata pelakon yang mempunyai darah kacukan Cina (sebelah ibu) dan Arab-Melayu (sebelah bapa).

Jehan boleh berkomunikasi dalam dialek Kantonis dan boleh memahami Hokkien.

“Saya mempunyai ramai kawan Cina semasa saya menetap di Seksyen (SS2) Petaling Jaya,” jelas pelakon yang akan menyambut harijadinya yang ke-30 pada 4 Disember ini.

Pelakon yang berasal dari Gelugor, Pulau Pinang ini juga meminati aktiviti seperti bermain 'video game' dan ‘rock climbing’.

Tetapi sejak kebelakangan ini, Jehan telah mengurangkan aktiviti lasak ini kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Apabila ditanya soal kenapa dia selalu dikelilingi oleh ramai gadis, Jehan berkata mereka itu merupakan peminatnya.

“Saya juga selalu didekati peminat dari pelbagai latar belakang, iaitu kanak-kanak sehingga warga emas.

“Tetapi saya juga tidak menafikan yang kebanyakan daripada peminat saya terdiri daripada gadis-gadis,” kata Jehan yang memiliki ijazah sarjana muda dalam jurusan sains komputer dari United Kingdom.

Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik juga pernah menjadi kekasih pelakon dan model Jue Aziz, tetapi mereka telah berpisah pada tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain