suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anang tidak suka KD nyanyi lagu jinglenya?

KHABAR terbaru dari seberang, penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti (KD) sudah tidak lagi menjadi ikon 'Enjoy Jakarta'. Dan semua ini katanya, gara-gara bekas suaminya Anang Hermansyah.

Walaupun Anang enggan komen berita itu, tapi jurucakap KD, Elsie Lontoh, menafikan sama sekali.

Kata Elsie, itu bukan berita baru. Sudah sejak satu tahun yang lalu, pelantun 'Mencintaimu' itu sudah tidak lagi menjadi ikon 'Enjoy Jakarta'.

"KD keluar kerana kontraknya sudah habis. Lagi pun masalah ini berlaku sudah satu tahun yang lalu," jelas Elsie.

Menurut sumber terdekat, kontrak KD dimansuhkan atas permintaan Anang. Ini adalah kerana Anang adalah orang yang membuat jingle 'Enjoy Jakarta'. Dan Anang tidak senang lagunya dinyanyikan oleh KD.

"Kontrak Anang lain dan berbeda dengan KD. Jangan terpengaruh cakap-cakap ini.

"Memang Anang yang buat jinglenya tetapi KD keluar kerana kontrak sudah habis dan bukan kerana alasan lain," kata Elsie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain