suria

Rina pintas kembar, Rini AF7

Zuzafrina Zulkifli pernah gagal daripada memasuki program realiti AF7 sebelum ini. -foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN
Zuzafrina Zulkifli pernah gagal daripada memasuki program realiti AF7 sebelum ini. -foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN
Zuzafrina Zulkifli pernah gagal daripada memasuki program realiti AF7 sebelum ini. -foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

PERMOHONAN Rina untuk menyertai program Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh pernah ditolak sebaliknya kembarnya, Rini telah berjaya melepasi tahap ujibakat dan melayakkan diri dalam program itu sehingga minggu ketiga.

Setelah bergelar artis, tempias Rini pastinya tidak dapat lari daripada Rina atau nama sebenarnya, Zuzafrina Zulkifli, 25.

Walaupun Rini masih belum mengeluarkan single terbarunya, Rina telah pun memintas kakak kembarnya dengan menampilkan single ‘Mana Satu’ hasil ciptaan Marlin dan liriknya oleh Mael. Rakaman vokal Rina hanya mengambil masa dua jam.

Itupun setelah dia ditawarkan untuk menyanyi oleh Cherry Talent Management Sdn. Bhd. pada dua bulan lalu yang mula mengesan bakatnya semasa dia melakukan sesi ujibakat AF7 bersama Rini sebelum ini.

Dengan tiba-tiba dia ditawarkan untuk membuat single dalam masa sepantas kilat dan begitu mudah. Semuanya langsung tidak terjangka oleh akal fikirannya.

Apabila pihak pengurusan itu meminta dia merakamkan suaranya menerusi nyanyian lagu ‘Dan Sebenarnya’ melalui telefon bimbitnya kerana kebetulan waktu itu dia berada di dalam kereta.

“Selepas itu, terus mereka bersetuju dan membawa saya ke Dream Music Sdn. Bhd.

“Saya menganggap tawaran ini sebagai rezeki walaupun saya agak cepat daripada kakak.

“Mungkin kerana dulu saya tak dapat tetapi sekarang rezeki saya dulu.

“Saya dah lama minat menyanyi ni iaitu sejak berumur 10 tahun lagi dan kalau saya tak jadi artis pun, saya tetap akan meminati bidang nyanyian ini,” katanya bersungguh-sungguh.

Rina yang kini bernaung di bawah label Dream Music Sdn. Bhd. berkata dia pernah memasuki program ‘Jangan Lupa Lirik’ dengan harapan semoga orang lain nampak bakat yang ada dalam dirinya.

“Syukurlah kerana saya sudah berjaya mendapat apa yang diimpikan iaitu menjadi seorang penyanyi.

“Selepas ini, saya mahu belajar vokal dengan mana-mana guru vokal,” jawab Rina.

Sekali lihat pasti ramai yang menduga Rina adalah Rini kerana keduanya mengenakan gaya yang agak sama.

Ditanya apakah beza antara Rina dan Rini, dia menjawab:

“Apabila orang dah betul-betul kenal, kami berdua memang boleh dibezakan dari segi paras rupa dan fizikal yang lain.

“Saya lebih rendah dan ‘berisi’ daripada Rini malah muka saya juga berbentuk bulat manakala muka Rini bujur. Senyuman dan suara kami juga berbeza.

“Saya tengah dalam perancangan untuk mencari imej yang berbeza daripadanya. Tetapi buat masa sekarang saya memakai anak tudung hitam dulu.

"Saya akan meminta konsultan imej di bawah pihak pengurusan Cherry Talent untuk menyesuaikan imej saya dengan konsep yang dibawa iaitu pop rock,” beritahunya yang turut mengakui hatinya sudah dimiliki.

Walaupun begitu, Rina berkata biarlah Rini yang berkahwin dahulu memandangkan kakak kembarnya itu telah bertunang.

Bercerita pula tentang perkembangan Rini, Rina berkata kakaknya sedang dalam proses membuat single dan pernah dirisik-risik untuk berlakon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anang tak sabar jadi duda

Artikel Lain