suria

Awal sudah jumpa keluarga kekasih, nafi 'bercinta' dengan Scha

Awal akui berkawan baik dengan Scha mahupun Fahrin. -Foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
Awal akui berkawan baik dengan Scha mahupun Fahrin. -Foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
Awal akui berkawan baik dengan Scha mahupun Fahrin. -Foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI

KATALAH apa sahaja tentang hubungan tiga pelakon, pengacara dan model iaitu gosip cinta Awal Ashaari dengan Scha Al-Yahya yang dalam masa sama baru putus kasih dengan Fahrin Ahmad.

Scha mahupun Fahrin telah memaklumkan yang hubungan cinta mereka tidak dapat diteruskan atas sebab tiada persefahaman lagi.

Lantas apabila perpisahan itu berlaku, wujud pula gosip cinta Awal dan Scha.

Hakikatnya, Awal akui berkawan baik dengan Scha mahupun Fahrin namun tidaklah sampai hendak menyakiti percintaan mereka berdua sekaligus menyatakan dia tidak mahu dikaitkan dengan cinta tiga segi!

Lebih-lebih lagi ketiga-tiganya saling bekerjasama menerusi program realiti ‘Sehati Berdansa musim ketiga’ yang sedang disiarkan di televisyen sekarang.

“Jangan kaitkan saya dengan cinta tiga segi kerana saya hanya mahu cinta dua segi.

“Mungkin ada yang cemburu sehingga sanggup menyebarkan gosip saya bercinta dengan Scha. Tambahan pula, kami bertiga sedang mengacarakan program ‘Sehati Berdansa’ sekali.

“Sebagai kawan, memang saya mengambil berat tentang masalah mereka tetapi secara keseluruhannya saya tak nak dikaitkan dengan masalah mereka yang sedang sensasi sekarang,” katanya yang hanya tergelak dan tidak terkejut apabila menerima gosip itu.

Jelas Awal, dia dan Scha memang berkawan rapat dari dulu lagi seperti dia mengenali artis yang lain.

“Saya tak sukalah gosip seperti ini kerana kedua-dua pun kawan saya. Lagipun saya tahu yang semua orang tahu kami berkawan.

“Saya rasa bukan saya puncanya kerana setahu saya mereka berpisah bukan sebab orang ketiga tetapi sebab persefahaman.

“Mungkin juga spekulasi ini timbul apabila saya dan Scha berbuka puasa bersama-sama dan waktu itu mereka dah putus. Jadi, sebab itu orang kaitkan saya,” katanya yang sedang dalam proses untuk berlakon sebuah telefilem.

Disebabkan jadual kerjanya terikat dengan program ‘Sehati Berdansa’, Awal mengambil jalan selamat dengan berlakon telefilem sahaja.

Di samping itu, dia juga sedang menantikan kemunculan filem terbaru lakonannya, ‘Niyang Rapik’ terbitan Excellent Pictures pada tahun depan di pawagam dan drama ‘Cinderella Blues’ di TV3 pada bulan Oktober ini.

Sudah jumpa keluarga kekasih

Ramai sudah mengetahui yang Awal telah pun mempunyai teman istimewa atau lebih mudah dipanggil kekasih yang dikenali sejak 2006 dan mula serius beberapa bulan yang lalu.

Awal berkata dia akan bersedia untuk mengahwini ‘Mrs. Right’nya itu selepas dua tahun nanti.

“Insya-Allah, kalau jadi saya akan berkahwin dua tahun lagi. Sekarang biar dulu dan tidak mahu terlalu heboh kerana bimbang tak jadi. “Waktu dan masa akan menentukan. Jadi, tunggu dan lihat sahaja,” jawabnya ringkas yang turut mengaku telah bertandang ke rumah keluarga kekasihnya.

Cuma kekasihnya yang bekerja dalam bidang seni tetapi bukan dari golongan artis ini belum dibawa berjumpa dengan keluarganya.

Awal berkata, “Saya akan bawa dia berjumpa dengan keluarga saya apabila dia sudah bersedia.”

Artikel Sebelum

Rina pintas kembar, Rini AF7

Artikel Berikut

Amber sedih diperdaya rakan

Artikel Lain