suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miley Cyrus marah perlu bangun awal ketika siri jelajah

Artis Miley Cyrus ketika tiba di konsert VH1 Divas di New York pada 17 September 2009. -Foto AP
Artis Miley Cyrus ketika tiba di konsert VH1 Divas di New York pada 17 September 2009. -Foto AP
Artis Miley Cyrus ketika tiba di konsert VH1 Divas di New York pada 17 September 2009. -Foto AP

MILEY Cyrus amat marah dengan penganjur konsert siri jelajahnya kerana dikatakan terlalu mendesak tatkala dia sibuk membuat persiapan untuk beraksi semula setelah berehat kerana sakit.

Bintang Hannah Montana terpaksa membatalkan tiga buah persembahannya minggu lepas kerana mengalami jangkitan di tekaknya.

Dia memulakan semula siri jelajahnya di Auburn Hills, Michigan pada Selasa lalu, tetapi akui takut dengan kerenah pihak penganjur yang dilihat seperti mendesaknya dan tidak memberikan rehat secukupnya.

"Perlu bangun awal pada pukul 6.30 pagi! Ini adalah hari pertama saya kembali beraksi! Kamu ingat mereka akan belajar dari kesilapan dan cuba lakukan secara perlahan, tetapi tidak," katanya di laman web Twitter.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anang tak sabar jadi duda

Artikel Lain