suria

Julia Roberts lebih terkenal dari Angelina Jolie di India

Julia Roberts berjalan menuju ke lokasi pengambaran untuk filem barunya 'Eat, Pray, Love' di India sambil diperhatikan oleh pegawai polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatannya. foto-REUTERS

PENDUDUK di India dilaporkan lebih menyukai Julia Roberts (Pretty Woman) berbanding dengan Angelina Jolie (Changeling) yang mana kedua-dua mereka adalah pemenang anugerah Oskar.

Julia kini sedang menjalani pengambaran untuk filem barunya 'Eat, Pray, Love' di India. Angelina juga pernah membuat pengambaran di Mumbai pada tahun 2006 untuk filem 'A Mighty Heart'.

Walaupun dibandingkan dengan aktres paling popular di Bollywood seperti Aishwarya Rai (Devdas), Julia dilaporkan masih lagi mengatasi aktres itu dari segi populariti.

Antara faktor yang menyebabkan Julia begitu disenangi di India ialah: perasaan rendah diri, sentiasa tenang dan bersahaja, senang dihubungi, profesional, minum chai (teh India), selalu bergaul dengan penduduk tempatan, makan bersama dengan semua krew, menepati masa, tidak kisah berjalan tidak memakai kasut atau selipar dan lebih suka berjalan daripada mengunakan kenderaan untuk sampai ke destinasi yang dekat.

Angelina pula dikatakan jarang bergaul dengan krew yang bukan berbangsa Amerika.

Artikel Lain