suria

Suami Noniswara mohon bicara tuduhan cedera bekas isteri

Datuk Rosman Ridwan meninggalkan Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur semalam.
Datuk Rosman Ridwan meninggalkan Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur semalam.
Datuk Rosman Ridwan meninggalkan Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh korporat mengaku tidak bersalah mencederakan bekas isterinya.

Datuk Rosman Ridwan yang mengahwini seorang aktres baru-baru ini didakwa sengaja mencederakan Azura Ibrahim di sebuah plaza membeli-belah di Jalan Bukit Bintang kira-kira 12.30 p.m. pada 8 April 2005.

Majistret Mohd. Faizi Che Abu menetapkan 28 Ogos ini sebagai tarikh perbicaraan.

"Aduan pertama kali dibuat pada 2005, pada hari insiden tersebut didakwa berlaku.

Ketika meninggalkan mahkamah majistret di sini semalam, Rosman menggunakan jaketnya untuk menyembunyikan wajahnya apabila kamera dan video difokuskan kepadanya.

Pada 31 Julai lalu, Rosman bernikah dengan aktres tempatan Noniswara Baharudin, 39 yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulunya.

Rosman yang bercerai setahun yang lalu mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya.

Artikel Berikut

Artikel Lain