suria

Tuntutan nafkah anak: Shafnie mohon tangguh bicara

Shafnie Zainudin berbincang mengenai kesnya dengan peguambelanya, Azmi Rais di luar mahkamah. -foto mStar oleh AU YEONG HOW
Shafnie Zainudin berbincang mengenai kesnya dengan peguambelanya, Azmi Rais di luar mahkamah. -foto mStar oleh AU YEONG HOW
Shafnie Zainudin berbincang mengenai kesnya dengan peguambelanya, Azmi Rais di luar mahkamah. -foto mStar oleh AU YEONG HOW

KAJANG: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan tarikh 3 dan 7 Disember ini untuk mendengar perbicaraan permohonan bekas isteri AC Mizal, Shafnie Zainudin, 34, bagi mengubah perintah nafkah anak-anak.

Perbicaraan tersebut juga akan mendengar permohonan Shafnie tentang perintah komital mengapa pengacara konsert Akademi Fantasia itu (AC Mizal) itu tidak patut dipenjarakan ekoran responden dikatakan gagal menjelaskan tunggakan nafkah berjumlah RM50,000 sejak 2004.

Hakim Syarie Abdul Malek Soleh membuat keputusan tersebut selepas menerima permohonan Shafnie untuk menangguhkan perbicaraan dua permohonan tersebut.

Peguam bela Shafnie, Azmi Rais ketika ditemui selepas prosiding berakhir berkata, permohonan itu dibuat anak guamnya (Shafnie) bagi membolehkannya memasukkan ikatan dokumen bukti.

"Penangguhan itu diperlukan untuk memasukkan semua bukti mengenai tuntutan Shafnie," kata Azmi ketika ditemui di luar mahkamah petang tadi.

Azmi berkata, AC Mizal tidak membantah permohonan Shafnie itu kerana dia sendiri terikat dengan kerjayanya sebagai artis sehingga akhir November ini.

Shafnie, yang hadir bersama ibu dan saudara-maranya, memakai cermin mata gelap, bertudung coklat dan berbaju kurung rona hitam.

Sementara AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 38, pula hadir bersongkok dan berpakaian kemeja lengan panjang berwarna coklat bersama Peguam Syarie Siti Aishah Din yang mewakilinya.

AC Mizal meninggalkan mahkamah sejurus selepas prosiding mahkamah selesai.

Sebelum ini, Shafnie menuntut AC Mizal membayar nafkah anak dari RM300 sebulan kepada RM3,770 sebulan dan perbelanjaan tahunan sebanyak RM9,000.

Shafnie yang berkahwin dengan AC Mizal pada 24 Jun 1995 memfailkan permohonan itu pada 30 Julai 2008 mengikut Seksyen 76, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan AC Mizal dan Shafnie bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9 tahun.

Sejak bercerai dan sehingga kini, Shafiq dan Shabil diletak di bawah jagaan Shafnie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain