suria

Ada 'titik noktah' keserasian Farid dan Lisa?

Lisa Surihani lebih mementingkan kerjaya buat masa ini. -foto THE STAR oleh SAM THAM
Lisa Surihani lebih mementingkan kerjaya buat masa ini. -foto THE STAR oleh SAM THAM
Lisa Surihani lebih mementingkan kerjaya buat masa ini. -foto THE STAR oleh SAM THAM

GANDINGAN pelakon tampan Farid Kamil dan aktres kecil molek Lisa Surihani telah empat kali berjaya menambat hati peminat filem mahupun drama.

Keserasian mereka sudah terbukti apabila mereka berdua tetap menjadi pilihan produser.

Memetik kata-kata bos Metrowealth (MIG) David Teo, "Lisa dan Farid adalah paling serasi sebagai pasangan kekasih dalam filem. Begitu juga dalam konteks hubungan 'suami-isteri'.

"Saya menyokong dan tidak memberikan halangan sekiranya mereka muncul sebagai suami-isteri dalam filem saya. Saya anggap mereka sehati, sejiwa tetapi ini bukanlah pandangan mereka," tegas David tentang gandingan serasi ini.

Beliau ditemui bersama Farid dan Lisa semasa majlis pelancaran dan doa selamat filem 'Semerah Cinta Stilleto' di Restoran Lemon, The Mines, Seri Kembangan, semalam.

Bagaimanapun, keserasian mereka berdua sebagai pasangan kekasih hanya pada skrip filem mahupun drama. Setakat itu saja, tersimpulnya 'tanda noktah' persahabatan kedua-dua mereka.

Terbaru, Lisa dan Farid diketemukan lagi dalam filem ke-37 MIG 'Semerah Cinta Stilleto' sebagai pasangan bercinta.

Kata Lisa, "Kami hanya kawan baik dan tidak lebih daripada itu. Saya percaya gurau senda itu berlaku kerana kami sering digandingkan bersama."

Ungkapan Lisa sekali gus mengetepikan segala gosip liar mengaitkan mereka berdua kini berpacaran.

Menurutnya, produser mempunyai sebab tertentu menggandingkannya dengan Farid.

Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota. Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto ekoran perbezaan darjat dan status masing-masing? Segalanya terjawab dalam filem

"Semerah Cinta Stiletto" terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham ini.

Lisa pilih sederhana dalam percintaan Menurut Lisa, watak Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan. "Stila berperawatakan baik. Dia bukannya "spoil brat".

"Dia gadis yang sangat baik dan berfikiran terbuka terhadap kehidupan," ujarnya.

"Ini adalah rentetan daripada ibu bapanya yang liberal. Pertemuan dengan Leto menyebabkannya dia (Stilla) melihat kehidupan dari pelbagai perspektif.

"Kehidupan Leto pula adalah lebih sederhana. Saya menerimanya tetapi ibu bapa Leto berasa skeptikal...," jelas Lisa.

Dari skrip filem ke skrip kehidupan sebenarnya, Lisa berkata, dia fokus kepada kerjayanya dan belum bersedia untuk dilamun cinta walaupun ombak gosip cinta menghempas tebing hatinya.

Ditanya sama ada dia sanggup menerima seseorang yang lebih rendah status daripadanya, Lisa mengiyakannya tetapi ia terbit daripada keserasian dan jodoh.

"Saya dengan sangat rendah hati sanggup menerimanya. Apa yang paling penting, dia perlulah menyayangi ahli-ahli keluarga saya dan baik hati... selalu berbuat baik dan okay...

"Keserasian itu juga penting walaupun dia tiada pangkat dan status, bukan satu masalah," luah hati jelitawan ini yang pernah membintangi Goodbye Boys, I'm not single, Jangan pandang belakang congkak, Cyber X - ancaman penggodam, Remp-It TV3, Kapoww dan Lagenda Budak Setan.

Dalam perkembangan terkini, Lisa berkata, dia telah hampir siap berlakon dalam filem Zoo.

Menurut Lisa, dia seronok "berkawan" dengan kakak tua dan memberi makanan kepada singa laut.

Artikel Lain