suria

Crowe bagi 5 ribu pound pada krew filem untuk beli kereta baru

Russel Crowe ketika tiba majlis makan malam anugerah Film Critics annual achievement di Los Angeles. foto-REUTERS

PELAKON terkenal, Russel Crowe sanggup mengeluarkan duitnya sendiri untuk membantu seorang krew yang terlibat dalam set pengambaran filem barunya 'Robin Hood'.

Russel, 45, memberikan 5 ribu pound kepada Denise Yarde supaya dia boleh membeli kereta yang baru kerana kereta lamanya telah terbakar.

Denise, 38, ditimpa masalah itu sewaktu dalam perjalanan dari rumahnya di Notting Hill, London ke tempat set pengambaran di Virginia Water, Surrey.

Beliau bertanggungjawab mengendalikan kesan bunyi letupan dalam filem itu.

Apabila beliau tiba di set pengambaran dia menceritakan perkara itu kepada kawan-kawanya dan Hero filem 'Gladiator' Russel Crowe tiba-tiba turut sama pergi mendengar keluhan Denise.

Kerana rasa kasihan terhadap krew itu, Russel menghulurkan duit untuk membantu Denise membeli kereta baru.

"Ambil duit ini, awak boleh beli kereta baru sekarang," kata Russel.

Artikel Sebelum

Artikel Lain