suria

Luz makan hati Madonna rapat dengan bekas suami

MADONNA mungkin gembira hubungan dia dengan bekas suaminya, Guy Ritchie sudah pulih tetapi teman lelakinya, Jesus Luz yang jauh lebih muda itu sedang makan hati.

Khabarnya, dia langsung tidak suka perkembangan terbaru yang berlaku ke atas Madonna. Enam bulan setelah pasangan Guy-Madonna bercerai, kini Guy sudah kembali ke pangkuan Madonna.

Luz, 22 tahun, yang kini mengiringi Madonna dalam rangka promosi tournya, ternyata tidak keruan setelah melihat Guy begitu kerap mendampingi Madonna sejak kebelakangan ini.

Guy menghabiskan banyak masa dengan Madonna dan baru-baru ini dia telah dijemput untuk menghadiri sebuah parti di rumah Madonna dengan kawan-kawan mereka, kata satu sumber.

"Guy turut menemani Madonna ke kabbalah dengan anak-anak mereka. Dan dia begitu menyayangi Mercy," kata sumber itu. "Luz nampak kekok bila Guy ada dan sunggung tidak patut bagi Madonna melarang Luz menemui bekas-bekas teman wanitanya sednagkan dia boleh berjumpa bekas suaminya sesuka hati," kata sumber itu.

Tapi apa pun, Luz terpaksa berterima kasih kepada Madonna kerana mendorongnya mencipta nama dalam bidang peragaan dan juga menjadi DJ radio.

Artikel Lain