suria

Riz ubat rindu 'Angels' sempena ulang tahun pertama FC

Riz berkaraoke menghiburkan para peminatnya.
Riz berkaraoke menghiburkan para peminatnya.
Riz berkaraoke menghiburkan para peminatnya.

SETAHUN berlalu terlalu cepat dan tidak disangka-sangka, Riz-Angels @ Riz Fan Club telah pun berusia genap setahun.

Tanggal 21hb April 2009, merupakan detik sejarah Riz Fan Club. Namun disebabkan kesibukan antara ahli-ahli terlibat dan juga artis, maka sambutan ulang tahun diganjakkan ke tarikh 28 Jun 2009.

Bertempat di Ampang Superbowl, IOI Mall, Puchong, Selangor maka berlangsunglah acara 'The Fabulous Riz-Angels & Frenz Bowling Challenge'.

Acara bermula seawal 3pm, dengan mukadimah jua kata-kata aluan dari artis kesayangan fan club iaitu Riz di turuti ucapan dari Presiden Riz-Angels Cik Muzlia serta balingan bowling menandakan rasminya majlis tersebut.

KARAOKE DENGAN PEMINAT

Petang tersebut merupakan hari yang paling indah dan bermakna bagi ahli kelab peminat Riz. Mereka bukan sahaja dapat beramah mesra malah ada yang berkesempatan menyanyi karaoke bersama artis kesayangan mereka.

Malah yang paling gembira, tempat bowling telah ditempah khasnya untuk 6jam berikutnya bermula jam 2pm hingga 8pm.

Malah ahli-ahli kelab peminat Riz yang hadir untuk bermain bowling datang dari segenap pelosok tanahair dari utara hinggalah selatan.

Bangga dengan kehadiran peminat Riz yang melebihi 60 orang yang susah payah datang dari Pulau Pinang, Ipoh dan juga dari Johor Bharu.

Kehadiran mereka umpama memberi cahaya menyinari hidup Riz dan menguatkan semangat Riz untuk berjuang dalam industri hiburan tanahair.

Juga di petang itu, Riz mendendangkan berbelas-belas lagu untuk mengubat kerinduan peminat-peminatnya.

Kehadiran bad (pengurus artis Diddy) jua turut menceriakan lagi suasana, gelagat Riz ketika bermain bowling mencuitkan hati para peminatnya.

Keterujaan peminat-peminatnya sudah tidak mengira kepenatan. Sambil berboling, mereka boleh lagi menari sambil menyanyi karaoke. Gelagat yang pasti membuat mereka tak kering gusi.

Untuk acara permainan bowling, pelbagai hadiah utama dan juga saguhati khas menjadi rebutan ahli-ahli kelab peminat.

Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja seperti Suria Resort Management, Ampang Superbowl dan penaja individu yang sudi memberikan sumbangan untuk acara bowling ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa Riz serta keluarga dari Perak yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi majlis petang ini.

TARIAN POCO-POCO

Sambil menyanyi, sesetengah peminat dengan rela hati menjadi penari gelek ala dangdut.

Sememangnya seharian bersama Riz tak henti dgn hilaian ketawa, usik mengusik malah bergambar sakan dengan artis kesayangan mereka.

Ada juga yang merakamkan ucapan Riz untuk kaum keluarga dan bermacam-macam lagi agenda tersendiri antara ahli peminat dengan Riz.

Sebagai mengakhiri acara petang tersebut, Riz bersama-sama peminatnya tak kira lelaki mahupun perempuan beramai-ramai menari tarian poco-poco.

Ternyata setelah sekian lama tidak berkumpul sebegini, ianya memberi satu impak dan kesan amat mendalam untuk peminat Riz meraikannya dengan penuh meriah dan ceria.

Jika ada sumur di ladang Boleh kita menumpang mandi Jika ada umur yang panjang… Insya’Allah , anniversary kedua kita berjumpa lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain