Tukang masak Jackson lihat Dr Murray ambil tangki oksigen - Hiburan | mStar

Tukang masak Jackson lihat Dr Murray ambil tangki oksigen

Penyanyi-penyanyi The Andrae Crouch, Andrae dan koir Sandra Crouch Youth menyanyikan lagu,
Penyanyi-penyanyi The Andrae Crouch, Andrae dan koir Sandra Crouch Youth menyanyikan lagu, "Heal the World" bersama ahli-ahli keluarga Jackson dan tetamu semasa upacara memperingati Michael Jackson di The Staples Center, Los Angeles, pada 7 Julai, 2009. - foto AP

SEORANG tukang masak mendiang Raja Pop mendakwa melihat pakar perubatan persendirian Michael Jackson mengambil keluar tangki-tangki oksigen dari rumah agam penyanyi tersohor itu.

Jika dakwaan itu benar, ini menyokong teori bahawa bintang tersebut sedang dirawat dengan sejenis dadah yang cukup berbahaya.

Oksigen diperlukan untuk memberi ubat anestetik, 'Diprivan'. Ubat tersebut dijumpai di rumah Jackson dan ia dipercayai menjadi punca Jackson diserang sakit jantung.

"Dalam dua kejadian berasingan, saya nampak Dr. Murray menolak tangki-tangki oksigen melalui dapur dan terus keluar dari rumah.

"Tangki-tangki tersebut adalah besar, tahan lama, tangki berwarna perak dan setinggi empat kaki," media memetik tukang masak, Douglas Jones sebagai berkata.

Jones menambah: "Saya ada melihat dia (Dr. Murray) menggunakan peralatan tersebut. Saya rasa pelik. Setahu saya, apa yang berlaku adalah menyalahi undang-undang."

Tukang masak itu juga mendedahkan dia melihat tangki oksigen disimpan di premis-premis tersebut.

Cerita Jones itu jika terbukti kesahihannya akan mendatangkan 'musibah' untuk Murray.

Ini kerana minggu ini, seorang ahli patologi forensik terkenal, Dr. Cyril Wecht, menggesa pegawai perubatan yang membekalkan Jackson dengan dadah seperti Diprivan agar didakwa di mahkamah.

"Terdapat sesetengah dadah yang hanya boleh diberikan oleh pakar anestetik yang terlatih dan di hospital.

"Selain itu, ia haruslah diberikan dengan teknik asepsis kerana ia cenderung kena jangkitan bakteria," kata Wecht.

Tambahnya: "Jika doktor tersebut mempreskripsikan ubat Propofol untuk Michael Jackson untuk diambil di rumah... pada pandangan saya, itu adalah suatu kecuaian yang dilakukan sewenang-wenangnya.

"Kita juga tertanya-tanya tindakan doktor terbabit itu boleh dikaitkan sebagai pematian orang (manslaughter) secara perundangan," ujarnya.

Artikel Sebelum

'Rotan' Mas Idayu bawa tuah pada Black

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain