suria

Michael adalah seorang 'gay' dan pernah menyamar sebagai wanita

Michael Jackson dikhabarkan adalah soeorang 'gay' dan pernah menyamar sebagai seorang wanita. - foto AP
Michael Jackson dikhabarkan adalah soeorang 'gay' dan pernah menyamar sebagai seorang wanita. - foto AP
Michael Jackson dikhabarkan adalah soeorang 'gay' dan pernah menyamar sebagai seorang wanita. - foto AP

MICHAEL Jackson berminat kepada lelaki, bukan budak-budak lelaki dan pernah menyamar sebagai wanita bersama kekasihnya, seperti yang ditulis dalam satu buku.

Cerita sensasi itu terdapat di dalam sebuah buku "Unmasked: The Final Years of Michael Jackson," seperti yang diberitahu oleh seorang penulis biografi selebriti, Ian Halperin kepada sebuah majalah.

"Michael akan berpakaian seperti seorang wanita....," kata Halperin.

Dia juga memberitahu Michael pernah bersama seorang pekerja pembinaan di Las Vegas dan meminta lelaki tersebut untuk berjanji merahsiakan hubungan mereka.

"Kekasihnya itu juga mengakui Michael pernah menyuruhnya menandatangani satu perjanjian sulit," jelas Halperin.

Di dalam buku Halperin itu juga yang telah mendapat sambutan hangat, menegaskan bekas isterinya Lisa Marie Presley dan kawan perempuannya seperti Brooke Shields dan Tatum O'Neal adalah 'pencabar' kepada Michael. Ini adalah kerana Michael sendiri mempunyai keinginan berpakaian perempuan.

Michael juga tidak pernah menjalinkan hubungan seks dengan isteri keduanya, Debbie Rowe, jadi secara biologikalnya, ketiga-tiga anaknya itu bukanlah anak Michael.

Menurut Halperin juga, bukti menunjukkan Michael pernah menyuruh syarikat insurannya membayar berjuta-juta dolar kepada seorang pemuda yang telah membuat laporan mengatakan penyanyi itu telah mencabulnya.

Menurut sumber dalaman yang memberitahu Halperin, Jackson berada dalam keadaan histeria apabila dia mendapat tahu kegiatannya telah terbongkar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain