suria

6.5 juta layari Facebook Michael Jackson

Michael Jackson. - foto AP
Michael Jackson. - foto AP
Michael Jackson. - foto AP

MAJLIS peringatan Michael Jackson 'Memorial' yang diadakan di Staples Center, Los Angeles dijangka semalam menjadi satu acara yang mendapat liputan internet secara global melalui tayangan video berbanding upacara pengenalan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama.

Pengguna-pengguna Facebook dapat berkongsi pendapat ketika menonton video majlis peringatan tersebut secara percuma di CNN, ABC dan laman web E!

Satu ruangan Michael Jackson di Facebook telahpun meningkat 6.5 juta jumlah orang yang melayarinya, menewaskan ruangan peminat Obama yang merupakan rangkaian sosial paling popular di California.

"Terlalu ramai orang di seluruh dunia yang ingin mengetahui tentang bintang ini (Michael), sesuatu tentang dia, tentang muziknya yang telah menyentuh seluruh dunia," kata pengarah pemasaran Facebook, Randi Zuckerberg.

Teknologi yang sama juga digunakan ketika liputan CNN ke atas majlis pengenalan Obama.

"Pengguna internet seluruh dunia boleh menyaksikan siaran langsung majlis peringatan Michael dan pada masa yang sama boleh mengemaskini status Facebook mereka dan berhubung dengan kawan-kawan mereka serta peminat-peminat Jackson dari seluruh dunia," menurut kenyataan yang dikeluarkan Facebook.

Lebih daripada 800,000 sarung tangan Jackson versi maya telah dihantar untuk ahli-ahli Facebook secara percuma.

Dalam tempoh satu minggu selepas kematian Jackson pada 25 Jun lalu, berjuta-juta orang telah melayari ruangan rasmi Michael Jackson di YouTube.

Menurut YouTube juga, kadar pembelian lagu-lagu Michael Jackson secara Online juga meningkat berganda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain