suria

11,000 tiket diedarkan untuk peminat Jacko ikuti upacara pengebumian

Seorang peminat dari Taiwan mempersembahkan sekuntum bunga ros putih di depan potrait Michael Jackson dalam satu upacara memperingati Raja Pop itu di Taipei, Taiwan pada 5 Julai, 2009. - foto AP

PEMINAT yang mahu memberikan penghormatan terakhir kepada Raja Pop, Michael Jackson boleh menghadiri upacara pengebumian beliau secara percuma.

Keluarga Michael mengesahkan yang upacara pengebumian bintang pop itu akan diadakan pada hari rabu di Staples Centre arena di Los Angeles.

Kira-kira 11,000 tiket sudah pun diedarkan secara percuma untuk upacara tersebut, lapor keluarga Michael melalui syarikat perhubungan awam yang bertanggungjawab untuk menguruskan upacara tersebut.

Menurut laporan keluarga Michael lagi upacara pengebumian itu akan diadakan pada 7 Julai pukul 10 pagi waktu Los Angeles.

Sebelum ini, peminat dilaporkan akan dikenakan bayaran sebanyak 25 dolar sekiranya ingin memasuki tempat dimana upacara pengebumian itu diadakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain