suria

Jermaine Jackson: "Saya rela mati dari adik saya."

Jermaine Jackson ketika mengumumkan berita kematian adiknya, Michael Jackson dalam satu sidang akhbar di Pusat Perubatan UCLA di Los Angeles. - foto AP

KASIH seorang abang begitu mendalam sekali. Abang Michael Jackson, Jermaine Jackson yang nama Islamnya Muhammad Abdul Aziz akhirnya tidak dapat menahan kesedihan bercerai kasih dengan adik tersayang.

Bagi Jermaine, biar dia yang mati asalkan bukan Micahel.

"Saya lebih rela mati dan bukannya adik saya," kata Jermaine.

"Dia pergi terlalu awal. Saya tidak tahu bagaimana orang ramai akan menerima kenyataan ini. Tetapi saya berharap ia adalah saya," media memetik Jermaine sebagai berkata.

Bintang The Jackson 5 itu berkata, dia berharap adiknya, Jackson dapat dikebumikan di Neverland Ranch, California.

"Ini adalah rumah Michael. Dia mewujudkan ini (Neverland Ranch) - kenapa dia tidak boleh berada di sini? Saya dapat merasakan kehadirannya di tempat itu," kata Jermaine.

Jermaine berkata, dia tidak dapat menerima kenyataan adiknya tidak berada di sisinya lagi.

Katanya: "Saya sentiasa berasa saya adalah 'tulang belakang' adik saya. Saya akan selalu menyokongnya."

Jermaine berkata, kadang-kala, dia kecewa kerana dunia muzik "tidak menghargainya" adiknya.

Artikel Lain