Video raptai terakhir Jackson bukti dia mampu lakukan aksi sensasi - Hiburan | mStar

Video raptai terakhir Jackson bukti dia mampu lakukan aksi sensasi

Raja Pop Michael Jackson berlatih dalam satu raptai di The Staples Center, Los Angeles pada 23 Jun 2009. -foto AP
Raja Pop Michael Jackson berlatih dalam satu raptai di The Staples Center, Los Angeles pada 23 Jun 2009. -foto AP

VIDEO raptai Raja Pop Michael Jackson untuk konsert 'This Is It' yang dijadualkan di London membuktikan yang dia berada dalam keadaan yang sangat bertenaga.

Jacko kelihatan melakukan aksi sensasi, dia menguasai keseluruhan pentas apabila mempersembahkan hit lagunya yang bertajuk 'They Don't Care About Us'.

"Saya sangat terpegun melihat persembahan Michael. Dari apa yang saya lihat... Michael sudah kembali dan mempersembahkan kemampuannya yang sebenar," kata seorang jurugambar yang bernama Kevin Mazur.

"Dia memang sangat luarbiasa dan bertenaga pada hari itu. Dia seolah-olah tidak berehat pun ketika melakukan persembahan selama 2 jam itu... cuma ada beberapa ketika dia berhenti untuk menyesuaikan diri dengan tarian penari-penari," kata Kevin.

"Semua lagu yang dinyanyikanya sangat hebat, saya merasakan tidak sabar untuk melihat konsert yang dirancangkan itu.

"Tetapi sekarang saya sangat sedih kerana tidak dapat melihat aksi Michael lagi," kata jurugambar itu lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Bahtera Perubahan' di Astro Oasis

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel