suria

Soha Ali Khan gementar bekerja dengan ibunya

Soha akui amat gementar bekerja di samping ibunya
Soha akui amat gementar bekerja di samping ibunya
Soha akui amat gementar bekerja di samping ibunya

SOHA Ali Khan yang bekerjasama dengan ibunya, Sharmila Tagore di dalam sebuah filem British akui dia amat gementar bekerja di samping ibunya itu.

"Saya agak gementar bekerja dengannya kerana dia seorang yang 'perfectionist', tetapi ini adalah pengalaman yang hebat buat saya. Ada ketikanya dia juga memarahi saya di set penggambaran," kata Soha.

Lakona anak dan ibu itu akan boleh disaksikan di dalam filem Inggeris arahan Sangeeta Datta yang berkisarkan seorang ayah dan tiga orang anak perempuannya. Filem itu turut dijayakan oleh Girish Karnad, Om Puri dan beberapa pelakon British.

Soha sering dibandingkan dengan ibu serta abangnya, Saif dan dia akui cukup terharu tentang itu.

"Saya gembira kerana kedua-duanya adalah pelakon versatil dan telah lama berada dalam industri ini. Saya masih baru dan bukannya untuk bersaing dengan sesiapa," kata aktres itu.

Dia akan muncul di dalam filem baru, Tum Mile bersama Emraan Hashmi. Soha yang pernah membintangi Rang De Basanti dan Ahista Ahista menyifatkan filem terbaru lakonannya itu sebagai sebuah filem romantik kontemporari.

"Saya pernah bawakan watak romantik sebelum ini tetapi filem ini adalah kali pertama saya buat romantik kontemporari. Muzik di dalam filem ini juga hebat dan ia adalah satu cabaran besar buat saya," katanya.

Artikel Lain