suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ashton gerun lihat 3,000 patung voodoo milik Demi

Demi Moore (kanan) dan suaminya, Ashton Kutcher.
Demi Moore (kanan) dan suaminya, Ashton Kutcher.
Demi Moore (kanan) dan suaminya, Ashton Kutcher.

KOLEKSI sebanyak 3,000 patung milik Demi Moore nampaknya merupakan "mimpi ngeri" untuk suaminya, Ashton Kutcher.

Aktor berusia 30 tahun itu hakikatnya gerun dengan patung-patung voodoo yang pelik.

Kutcher mengakui dia merayu Moore untuk membuka satu muzium bagi menempatkan koleksi patung tersebut.

"Saya akan mempunyai mimpi ngeri melihat patung-patung voodoo itu merenung ke arah saya," menurut laporan media.

"Saya cuba meyakinkan isteri untuk membuka satu muzium patung. Dia (Moore) juga mempunyai ribuan patung Barbie dan GI Joes asli," tambahnya.

Moore dikhabarkan mendedikasikan satu rumahnya untuk menghimpunkan keseluruhan koleksi patungnya.

Koleksi patungnya turut merangkumi patung-patung realistik oleh artis-artis terkemuka.

Moore mula mengumpul patung tersebut ketika dia masih bersama bekas suaminya, Bruce Willis, 54.

Koleksi patungnya telah diinsurans sebanyak 1.5 juta pound.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain