suria

Bapa gemar malukan Taylor Swift

Taylor akui adakalanya bapanya itu suka memalukannya di khalayak
Taylor akui adakalanya bapanya itu suka memalukannya di khalayak
Taylor akui adakalanya bapanya itu suka memalukannya di khalayak

TAYLOR Swift sememangnya mempunyai hubungan yang erat dengan bapanya, tetapi penyanyi itu akui adakalanya bapanya itu suka memalukannya di khalayak.

Swift, 19, ketika ini sedang di dalam siri konsert yang mana dia turut ditemani oleh bapanya.

"Dia suka sertai siri konsert seperti ini. Dia memang amat menyukainya seperti mana dia suka memalukan diri saya.

"Sebagai contoh, apabila saya sedang berjalan di lobi hotel yang cukup tenang, tiba-tiba saja dia akan menjerit di satu arah "hey,itu Taylor Swift!'. Dan saya hanya mampu berkata "ayah, tolong hentikannya"," kata Swift di dalam laman web MySpace.

Namun begitu, penyanyi itu amat 'sporting' dan suka berada di samping bapanya.

"Amat bermakna apabila bapa berada di sisi saya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain