suria

Kes tuntutan fasakh Erema dibicara 7 Julai

Dayang Zaira Erema Awang Moshdad.
Dayang Zaira Erema Awang Moshdad.
Dayang Zaira Erema Awang Moshdad.

PETALING JAYA: Kes tuntutan fasakh penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26 terhadap suaminya, penulis lirik Seri Bayu, 44 akan dibicarakan pada 7 Julai depan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Menurut peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz yang mewakili Seri Bayu, perbicaraan itu dijadualkan bermula pada pukul 2 petang seperti yang ditetapkan oleh Hakim Syarie Ghazali Ahmad pada hari ini.

“Hari ini merupakan sebutan bagi pihak defendan (Seri Bayu) dan saya telah memfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas.

“Pihak Erema yang diwakili oleh peguam syarie Halipah Abdul Manaf akan memberikan jawapan kepada pembelaan itu dalam tempoh 14 hari sebelum 7 Julai depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorafizah memaklumkan Erema dan Seri Bayu tidak hadir ke mahkamah pada hari ini.

Ditanya adakah Seri Bayu akan hadir pada hari perbicaraan nanti, Noorafizah menyatakan anak guamnya dijangka akan hadir.

“Insya-Allah, Seri Bayu akan hadir pada hari perbicaraan nanti. Baru-baru ini saya ada bertemu dengannya.

“Keadaannya sama seperti dulu dan semakin kurus,” kata Noorafizah lagi.

Erema memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada awal Disember tahun lalu.

Pasangan ini bernikah pada 19 Disember 2006 ketika Seri Bayu menderita penyakit saraf.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain