suria

Brad Pitt dan Angelina Jolie ambil bayi angkat dari Filipina

Pasangan selebriti ini terpaksa beralih dari Myanmar ke Filipina untuk mendapat bayi angkat
Pasangan selebriti ini terpaksa beralih dari Myanmar ke Filipina untuk mendapat bayi angkat
Pasangan selebriti ini terpaksa beralih dari Myanmar ke Filipina untuk mendapat bayi angkat

BINTANG Hollywood Brad Pitt dan Angelina Jolie bercadang untuk mengambil bayi angkat dari Filipina.

Menurut laporan berita, pasangan selebriti itu mengambil keputusan tersebut selepas perancangan awal mengambil bayi angkat dari Myanmar gagal.

Sumber berkata: "Brad dan Ange terbang bersama-sama ke negara tersebut. Mereka ingin menambah bilangan ahli keluarga dan cuba mengambil anak angkat dari Myanmar.

"Namun, peraturan pihak berkuasa negara itu amat ketat dan justeru, mereka bercadang mendapatkan bayi angkat di Filipina."

Jolie pergi ke Filipina bersama-sama dengan Pitt semasa bercuti selepas membuat penggambaran filem "Salt."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aamir cuti, isteri kerja

Artikel Lain