suria

Abhishek-Aishwarya berganding untuk `Crooked'

Aishwarya bakal bergandingan dengan suaminya, Abhishek sekali lagi dalam filem Crooked
Aishwarya bakal bergandingan dengan suaminya, Abhishek sekali lagi dalam filem Crooked
Aishwarya bakal bergandingan dengan suaminya, Abhishek sekali lagi dalam filem Crooked

PASANGAN selebriti Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai yang sibuk menghabiskan filem Raavan arahan Mani Ratnam kini dilaporkan bekerjasama sekali lagi untuk menghasilkan filem pengintipan yang licik bertajuk Crooked.

"Cerita pengintipan yg seram kami bergenre sama seperti `The Bourne Identity. Penggambaran akan dibuat di Greece, Istanbul, Thailand and India," kata produser Crooked, Ritesh Sidhwani.

Turut membintangi filem itu ialah Gul Panag, Jimmy Shergil dan Boman Irani.

"Tajuk filem itu mungkin diubah," kata Sidhwani yang julung kali bekerja dengan keseluruhan barisan pelakon kecuali Boman.

Filem itu diarahkan oleh Abhinay Deo.

Artikel Berikut

Artikel Lain