suria

Simon Cowell lepas jawatan juri American Idol

Juri AMERICAN IDOL (dari kiri): Randy Jackson, Kara DioGuardi, Paula Abdul and Simon Cowell.
Juri AMERICAN IDOL (dari kiri): Randy Jackson, Kara DioGuardi, Paula Abdul and Simon Cowell.
Juri AMERICAN IDOL (dari kiri): Randy Jackson, Kara DioGuardi, Paula Abdul and Simon Cowell.

JURI American Idol, Simon Cowell bercadang melepaskan jawatannya itu ekoran kesibukan jadual kerja.

Cowell yang juga mengadili Got Talent dan The X Factor, melakukan penerbangan sebanyak empat kali seminggu untuk memenuhi tuntutan kerja.

Selain itu, dia turut sibuk mengetuai firma syarikat rakaman dan produksi televisyen.

Cowell mendedahkan, dia mungkin `melepaskan' jawatan American Idol kerana kontraknya mungkin tidak disambung apabila tamat pada tahun depan.

"Saya tidak ingin dilihat sebagai seorang perungut kerana saya cukup berterima kasih berpeluang memegang jawatan ini.

"Namun, pada satu peringkat, saya musykil dapat terus mengikut jadual kerja yang berat ini.

"Program-program ini memakan masa yang panjang. Saya tidak pasti mampu melakukan tiga persembahan," katanya.

Jelas Cowell, kebanyakan individu melakukan satu program dalam tempoh setahun tetapi dia melakukan tiga buah program sekaligus.

"Ini melibatkan banyak pengembaraan. Oleh itu, saya tidak tahu ingin `mengorbankan' mana-mana program kerana saya suka ketiga-tiganya," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain