suria

Sidi tersingkir daripada AF7

Pengkritik berpendapat, walaupun tersingkir, persembahan Sidi telah menunjukkan kemajuan
Pengkritik berpendapat, walaupun tersingkir, persembahan Sidi telah menunjukkan kemajuan
Pengkritik berpendapat, walaupun tersingkir, persembahan Sidi telah menunjukkan kemajuan

KUALA LUMPUR: Sidi tersingkir daripada Konsert Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), selepas mendapat undian terendah pada minggu kelima, semalam.

Sidi atau nama sebenarnya, Mohd. Rashidi Mohamad Isa, 27, yang menyanyikan lagu, Cinta Yang Sempurna (nyanyian asal 6ixth Sense & Noe Letto) dengan pasangan duetnya, Zahid gagal menyerlah.

Ini sekali gus menyebabkannya meraih undi terendah, iaitu 5 peratus daripada jumlah undian para penonton rancangan program realiti hiburan tersebut.

Pengkritik tetap menyifatkan persembahan Sidi masih kurang menyengat kerana vokalnya dikatakan tidak menepati piawaian AF7 minggu kelima dan `dibayangi' gandingan duetnya yang juga Juara AF ke-2.

Semalam, pengkritik tetap ialah Datuk Khatijah Ibrahim serta Edrie Hashim selain pengkritik undangan, Adibah Noor.

Tema minggu kelima konsert hiburan itu adalah duet bersama dengan bekas juara dan bintang AF terdahulu.

Misalnya, Yazid digandingkan dengan Yazer menerusi lagu Terharu (nyanyian asal Jamal Abdillah & Mawi); Aril & Marsha - Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari); Qhaud & Heliza - Dibius Cinta (Yusry & Melly Goeslow).

Selain itu, Hafiz berduet dengan Mila - Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu); Akim & Farah - Jika Kau Tiada (Erra Fazira & Yusry) dan Claudia & Vince - Kau Muzik Di Hatiku (Jacyln Victor & Vince).

Sementara itu, Aishah beraksi bersama dengan penyanyi popular Singapura Aliff Aziz - Dua Hati Menjadi Satu (Gita Gutawa & Dafi) dan Isma & suaminya, Zahid - Kau Mawarku (Siti Nurhaliza & 2 By 2).

Dengan penyingkiran Sidi, tinggal lapan (8) pelajar yang masih kekal dalam pengajian di Akademi Fantasia musim ke-7.

Kedudukan pelajar (mengikut peratusan) sebelum undian ditutup:

ISMA - 25; YAZID - 22; HAFIZ - 12; CLAUDIA - 8; AKIM - 8; ARIL - 7; AISHAH - 7; SIDI - 6 dan QHAUD - 5.

Kedudukan pelajar (mengikut peratusan) selepas undian ditutup:

ISMA - 18; HAFIZ - 17; YAZID - 15; AKIM - 10; AISHAH - 10; CLAUDIA - 9; ARIL - 9; QHAUD - 8 dan SIDI - 5.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amy Search nafi sertai PAS

Artikel Lain