suria

'Muzik Aktif' RTM dapat sambutan industri kreatif tempatan

RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) menerima sambutan mengalakkan daripada industri kreatif tempatan berikutan pelancaran saluran 'Muzik Aktif' 180 di Astro pada 16 Mac lalu.

Pewujudan saluran muzik aktif itu menyediakan ruang siaran kepada pengeluar video klip dan ini akan menjadi katalis kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Muzik aktif mula bersiaran percubaan menerusi saluran digital pada 1 September 2006 yang boleh diterima oleh 1, 000 orang di Lembah Klang. Setakat ini, RTM menerima 1728 video klip untuk disiarkan di Muzik Aktif.

Menurut Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, muzik aktif ialah saluran yang berkonsepkan sepenuhnya muzik dengan membawa tagline 'Segalanya Muzik.'

"Pengisiannya ialah klip video artis tempatan, rancangan terbitan RTM dan swasta tempatan.

"Sementara kandungan klip video dan rancangan meliputi pelbagai bahasa, genre lagu dan etnik yang berdasarkan dan bertunjangkan di Malaysia," kata Ibrahim.

Keutamaan saluran ialah mengangkat dan memartabatkan industri muzik dan penggiat seni tempatan. Ada belting, Aktif@ Pagi: 7am-9am, Hits Aktif 9am-12pm, Muzikal Aktif 12pm-3pm, Ritma 3pm-7pm, Gema Nurani 7pm-8pm, Prima Aktif 8pm-11pm, Ritma 11pm -2am, Irama Santai 2am-5am, Gema Mentari 5am-7am, Hidayah (Jumaat sahaja) 1pm-2pm.

Genre lagu yang disiarkan ialah pop, balada, dangdut, tradisional, etnik kretaif, rock, jazz, nasyid, kontemporari dan contoh sub genre indie, alternatif, hip-hop, pop rock dan semua elemen muzik yang terdapat di Malaysia dan menjadi minat masyarakat dan bertapak di negara ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain