suria

Anak Rod Stewart memalukannya di TV

Sifat kedekutnya menyebabkan Rod Stewart dikutuk anaknya sendiri.
Sifat kedekutnya menyebabkan Rod Stewart dikutuk anaknya sendiri.
Sifat kedekutnya menyebabkan Rod Stewart dikutuk anaknya sendiri.

BILA anak sendiri mengatakan ayahnya kedekut, tiada apa lagi yang harus dikatakan.

Anak lelaki penyanyi Rod Stewart, Sean Stewart telah memalukan ayahnya Rod di television dengan memanggilnya 'murah.'

Kata Sean, ayahnya bernilai lebih dari 100 juta pound tapi dia bukanlah seorang yang pemurah.

Sean, yang berusia 28 tahun itu, membuat kenyataan itu diTV setelah ditanya kenapa dia masih berhutang dengan jurulatih peribadinya, Xavier dan enggan membayar hutang-hutangnya.

"Sebenarnya ayah patut bagi saya duit untuk dibagi kepada Xavier melalui cek. Dan duit itu pula saya terpaksa bayar balik. Tapi ayah saya kedekut....," kata Sean yang masih lagi dalam pemulihan kerana terlalu bergantung kepada alkohol.

Ketika disoal hakim kenapa ayahnya kedekut sedangkan dia banyak duit, Sean berkata, 'Itu saya tidak tahu."

Sean telah disaman oleh Xavier kerana tidak membayar $5,000 untuk sesi latihan, pinjaman dan gaji.

Artikel Berikut

Artikel Lain