suria

Muzikal Patung Kertas 2 cari pelakon bukan Melayu

Antara pelakon Muzikal Patung Kertas 2 adalah Datuk Jalaluddin Hassan (kiri) dan Ku Mohd. Yusri Ku Abd. Rahman atau Adik (tengah) manakala Ashraf Muslim (kanan) yang pernah membintangi muzikal tersebut belum memberikan kata putus untuk turut serta atau tidak. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Antara pelakon Muzikal Patung Kertas 2 adalah Datuk Jalaluddin Hassan (kiri) dan Ku Mohd. Yusri Ku Abd. Rahman atau Adik (tengah) manakala Ashraf Muslim (kanan) yang pernah membintangi muzikal tersebut belum memberikan kata putus untuk turut serta atau tidak. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Antara pelakon Muzikal Patung Kertas 2 adalah Datuk Jalaluddin Hassan (kiri) dan Ku Mohd. Yusri Ku Abd. Rahman atau Adik (tengah) manakala Ashraf Muslim (kanan) yang pernah membintangi muzikal tersebut belum memberikan kata putus untuk turut serta atau tidak. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

PEMENTASAN pertama teater Muzikal Patung Kertas tahun lalu hanya disertai oleh para pelakon Melayu, kali ini ia turut mengalu-alukan penyertaan pelakon bukan Melayu.

Menurut pengarahnya, Lokman Ghani, dia menganggap golongan ‘mak nyah’ di luar sana bukan sahaja terdiri daripada bangsa Melayu malah mereka turut popular di kalangan bangsa Cina dan India.

Atas sebab itu, Lokman merancang untuk menambah pelakon baru dengan mengadakan sesi uji bakat supaya tiada yang ketinggalan.

“Kita akan kekalkan pelakon yang ada dan mengadakan uji bakat untuk dua hingga tiga pelakon baru selepas ini,” ujar Lokman.

Antara pelakon Patung Kertas yang dikekalkan adalah Datuk Jalaluddin Hassan, Zuhairi dan Ebby Yus.

Patung Kertas musim kedua turut memperkenalkan pelakon baru iaitu Ku Mohd. Yusri Ku Abd. Rahman atau Adik yang pernah berlakon dalam drama Sutun.

Mengenai uji bakat untuk mencari pelakon berbangsa Cina dan India, mereka yang berminat boleh menghantar biodata diri ke [email protected] mulai sekarang.

Seperti yang diketahui, Muzikal Patung Kertas musim pertama telah mendapat sambutan menggalakkan.

“Ada yang terkilan sebab tak berpeluang menonton Patung Kertas. Selain itu, kami juga mendapat maklumbalas penonton dari internet dan panggilan telefon yang meminta untuk kami buat semula,” luah Lokman.

Jadi, disebabkan faktor itu, pihak produksi termasuk pihak penerbitan dari Bintang Emas Pictures (M) Sdn. Bhd berminat untuk mementaskan Patung Kertas buat kali kedua.

Kata Lokman, semua golongan penonton disasarkan untuk hadir agar mereka mengenali dengan lebih dekat tentang siapa patung kertas ini sebenarnya.

Tambahnya, mungkin ramai yang mengagak Patung Kertas 2 adalah sekuel dan mengharapkan kesinambungan akan berlaku.

“Apabila dinilai semula skripnya, jalan cerita masih sama cuma ada sedikit pembaharuan untuk menarik penonton seperti terdapat elemen pelbagai kaum, artistik dan penambahan muzik.

“Kami juga akan memperbaiki muzikal kedua ini berdasarkan komen yang diberikan semasa pementasan pertama agar kesilapan tidak berulang lagi.

“Selagi saya berkarya, saya rasa muzikal ini boleh diubah untuk dicantikkan, warnakan dan baikkan lagi.

“Kalau muzikal kali ini menjadi lagi baik, saya akan cuba membuat Patung Kertas 3 pula,” katanya mengenai muzikal yang akan dimulakan latihannya pada hujung bulan ini.

Adik pernah berpakaian wanita

Bagi pelakon baru muzikal ini iaitu Ku Mohd. Yusri atau Adik yang merupakan pelakon utama drama Sutun, dia pernah mempunyai pengalaman berpakaian wanita ketika menyertai persembahan teater semasa belajar dahulu.

Dalam muzikal ini, dia membawakan watak Adik Wan yang mempunyai kehidupan orang bandar dan menetap di Kuala Lumpur.

Adik Wan berpakaian wanita. Dia rapat dan tinggal bersama dengan Abang Long (Datuk Jalaluddin Hassan). Selepas itu, dia berjumpa pula dengan Adik Chu.

“Saya rasa agak susah untuk menjiwai watak Adik Wan.

“Namun, dengan bantuan pengarah dan penolong skrip, saya rasa insya-Allah akan ok,” kata Adik, 25, yang mempunyai Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Ijazah Seni Persembahan Drama di Universiti Malaya.

Bertanya pandangannya tentang Patung Kertas, Adik berkata:

“Patung Kertas merupakan satu fenomena lain yang sangat mencabar kerana kita tidak tahu penerimaan orang lain.

“Ada yang boleh menerima kita dan ada yang tidak. Kita juga tidak boleh memuaskan hati semua orang.”

Saksikan Muzikal Patung Kertas 2 mulai 23 April hingga 3 Mei depan, pukul 8.30 malam, di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Tiket pada harga RM30 dan RM50 sudah boleh dibeli mulai 9 Mac lalu.

Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan, hubungi 03-41433577 dan 03-22875881 atau layari www.boxoffice.my.

Sinopsis Patung Kertas memaparkan kembara seorang pemuda lembut, Adik Chu yang akhirnya menjadikan dia salah seorang kumpulan patung kertas (paper doll). Semuanya bermula apabila perhubungan akrab antara dia dengan Abang Long yang menjadi idola Adik Chu. Melalui Abang Long, Adik Chu berkenalan dengan Adik Wan, Donny dan lain-lain anggota patung kertas dengan berkongsi masalah dan pengalaman dalam mencari realiti kehidupan. Mereka turut menganjurkan pertunjukan kebajikan untuk membantu pesakit-pesakit kronik hingga membawa perkenalan mereka dengan Abang Yus dan seorang kanak-kanak penghidap jantung kronik. Bagaimanapun, pergolakan dunia patung kertas yang penuh suka duka itu menimbulkan konflik apabila Abang Long rapat dengan salah seorang ahli baru kumpulan tersebut yang tidak disenangi oleh seseorang. Tidak setakat itu sahaja, perebutan kawasan bisnes juga menjadikan suasana lebih tegang dan ada antara ahli kumpulan itu terjebak dengan isu tersebut. Abang Long yang menjadi tunggak dalam kumpulan itu terpaksa menggunakan segala kebolehannya untuk menyelesaikan isu anak-anak buahnya hingga dia ditemukan semula dengan Suhana, gadis sekampung yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu. Ia juga membongkar kenapa Abang Long tiba-tiba meninggalkan kampung sekian lama hingga menjadi tanda tanya masyarakat kampung.

Patung Kertas memaparkan kembara seorang pemuda lembut, Adik Chu yang akhirnya menjadikan dia salah seorang kumpulan patung kertas (paper doll).

Semuanya bermula apabila perhubungan akrab antara dia dengan Abang Long yang menjadi idola Adik Chu.

Melalui Abang Long, Adik Chu berkenalan dengan Adik Wan, Donny dan lain-lain anggota patung kertas dengan berkongsi masalah dan pengalaman dalam mencari realiti kehidupan.

Mereka turut menganjurkan pertunjukan kebajikan untuk membantu pesakit-pesakit kronik hingga membawa perkenalan mereka dengan Abang Yus dan seorang kanak-kanak penghidap jantung kronik.

Bagaimanapun, pergolakan dunia patung kertas yang penuh suka duka itu menimbulkan konflik apabila Abang Long rapat dengan salah seorang ahli baru kumpulan tersebut yang tidak disenangi oleh seseorang.

Tidak setakat itu sahaja, perebutan kawasan bisnes juga menjadikan suasana lebih tegang dan ada antara ahli kumpulan itu terjebak dengan isu tersebut.

Abang Long yang menjadi tunggak dalam kumpulan itu terpaksa menggunakan segala kebolehannya untuk menyelesaikan isu anak-anak buahnya hingga dia ditemukan semula dengan Suhana, gadis sekampung yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain