TULAR rakaman video seorang lelaki warga China dibawa keluar oleh dua petugas keselamatan dari pesawat Malaysia Airlines.Tindakan itu dipercayai selepas lelaki berkenaan meraba punggung seorang pramugari yang sedang bertugas sehingga memaksa campur tangan pihak keselamatan. Kejadian itu dipercayai berlaku pada Rabu lalu sebelum pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang.Berdasarkan klip yang tersebar, individu berkenaan mempertahankan tindakannya ketika disoal mengenai tindakannya dalam bahasa Mandarin.Malah dia pada awalnya enggan memberi kerjasama sebelum ditarik keluar oleh petugas keselamatan.Netizen turut berkongsi terjemahan kata-kata lelaki tersebut yang antara lain percaya tindakannya itu bukan satu kesalahan.Sebaliknya, ia 'tanda' hubungan rapat di antara China dan Malaysia."Dia cakap, dia tak buat sesuka hati. Cuma tepuk ringan-ringan pada punggung pramugari."Takkan sikit-sikit je tak boleh? Hubungan China-Malaysia rapat," demikian terjemahan yang dikongsikan.Sementara itu, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, yang turut berkongsi video kejadian itu berharap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan pihak polis mengendalikan kes itu dengan baik."Seorang pelancong dari China dihalau keluar dari pesawat Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. "Dia turut menyatakan hubungan China-Malaysia sangat baik sekarang, sebagai alasan," demikian coretan pada video yang dikongsikan di laman Instagram @capricedaddycap.