suria

Sebuah kapal minyak Malaysia lepasi Selat Hormuz, dalam perjalanan ke Penggerang

Berikut merupakan pergerakan kapal di Selat Hormuz pada 8 April. -Foto ABC.net.au

SEBUAH kapal Malaysia yang membawa muatan minyak mentah berjaya melepasi Selat Hormuz.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan susulan kapal tersebut dilaporkan kini berada di perairan antarabangsa.

Malah ujar beliau, ia kini dalam perjalanan menuju ke kilang penapisan minyak di Penggerang, Johor.

"Kapal kita tak boleh lalu, semua tak boleh lalu…  tapi (kini) kelulusan untuk kapal (tujuh buah) kita lalu dah ada. 

"Satu kapal telah selamat keluar daripada Selat Hormuz dan kapal tersebut sekarang dah berada di perairan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Dewan Orang Ramai Rantau pada Khamis.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan mengadakan perbincangan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berhubung mendapatkan pelepasan bagi tujuh kapal Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz bagi membolehkan perjalanan pulang diteruskan.

Artikel Lain