suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Segak berbaju Melayu putih, Sam Lim kini suami influencer Parisa Ardina

Sam Lim dan pasangannya dinikahkan di Masjid TNB, Bangsar.

PEMPENGARUH Sam Lim selamat diiajabkabulkan dengan pasangannya, Parisa Ardina pada pagi Jumaat.

Dia yang lebih dikenali sebagai 'Sultan Cina' memaklumkan majlis akad nikah itu berlangsung di Masjid Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bangsar, Kuala Lumpur. 

“Ya nikah di Masjid TNB,” ujarnya ringkas melalui kiriman mesej kepada mStar.

Sebelum itu, Sam Lim mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto memakai busana perkahwinan dengan Parisa Ardina yang juga seorang pempengaruh di Instagram.

Sam Lim dan pasangannya menggayakan busana putih sewaktu akad nikah.

Segak menggayakan baju Melayu putih, Sam Lim dilihat mengucup dahi pasangannya selepas mereka sah bergelar suami isteri.

Dalam satu lagi foto berasingan, Sam Lim dilihat sedang menyarungkan cincin ke jari Parisa.

Dia bagainanapun tidak berkongsi sebarang butiran lanjut mengenai perkahwinannya di Instagram.

Beberapa kenalan mereka turut memuat naik foto dan video [Tonton Video] sekitar majlis berkenaan.

Pasangan pempengaruh itu kemudiannya turut diraikan dalam majlis kecil-kecilan di sebuah restoran terkemuka di ibu negara.

Artikel Lain