suria

Jamal: Pengasih mengajar saya lebih bertanggungjawab

Presiden Pengasih, Mohd Yunus Pathi (berdiri, kiri) bersama Penyelaras Agama Pengasih Rahim Ghalib dan penyanyi, Jamal Abdillah (kanan) menyemak senarai nama peserta yang mengambil bahagian dalam ibadah korban ketika upacara korban sempena Aidiladha yang diadakan di Rumah Pengasih, hari ini. Sebanyak tiga ekor lembu korban disediakan untuk diagih-agihkan kepada penduduk setempat pada majlis tersebut. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) menyediakan persekitaran yang selamat buat saya di samping mengajar supaya menjadi lebih bertanggungjawab kepada anak-anak dan keluarga, kata penyanyi tersohor negara yang sudah agak lama 'hilang' dari persada seni tanah air, Jamal Abdillah.

Penyanyi yang bergelar Raja Pop Malaysia itu berkata, rawatan di Pengasih adalah berbeza daripada apa yang pernah dilaluinya sebelum ini kerana ia mengajarnya supaya menjadi lebih bertanggungjawab.

"Di sini mereka mengajar tentang penstabilan emosi dan spiritual.

"Rawatan di sini merupakan satu platform untuk kami hadapi kenyataan mengenai kehidupan, di mana budaya hidup sebagai seorang penagih dan seorang yang normal jauh berbeza," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan "Aidiladha dan Korban 2008" di Rumah Pengasih di sini hari ini.

Pengasih merupakan pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan rawatan pemulihan kepada penagih dadah.

Penyanyi bersuara emas yang akan menyambung sesi rakaman album di Johor esok itu menjadi penghuni Rumah Pengasih sejak tahun lepas setelah beliau ditahan pihak berkuasa atas kesalahan berkaitan dadah.

"Pengalaman saya di Pengasih bukan sahaja untuk pemulihan, tetapi ia juga merupakan satu program yang menyeluruh.

"Tempoh rawatan biasa ialah enam hingga lapan bulan, tapi saya sukakan tempat ini, itu sebabnya saya masih di sini," kata Jamal yang merancang untuk melancarkan album barunya itu tidak lama lagi.

Sementara itu Presiden Pengasih, Mohd Yunus Pathi dalam persidangan media pada majlis itu berkata, bekas penagih memerlukan sokongan penuh anggota keluarga mereka dan juga masyarakat secara keseluruhannya.

Beliau berkata, Pengasih bukan sahaja hanya berusaha membantu usaha menghentikan penagihan, tapi juga membantu penagih itu dalam usaha mengubah 'mindset' mereka sendiri.

Katanya aspek spiritual dalam usaha pemulihan juga memainkan peranan yang amat penting dan pemimpin-pemimpin agama komuniti perlu faham masalah yang dilalui penagihpenagih ini dalam usaha membantu mereka.

Sementara itu, Mohd. Yunus berkata, kerajaan perlu mengambil pendekatan lebih holistik dalam usaha memerangi dadah dan bukan hanya memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kesan gejala penagihan dadah sahaja.

Beliau berkata, walaupun ia juga merupakan aspek penting dalam strategi kerajaan itu, namun usaha mengurangkan permintaan dadah dan pengurangan risiko juga memainkan peranan yang sama penting dalam memerangi gejala itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain